BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Nuraisyah Binti Khirul 
Umur : 18 tahun
Ahli : 16 Mei 2010

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT Pusat Internet Felda Pasoh 1 pada kali ini ialah memperkenalkan adik Aisyah yang berasal daripada Felda Pasoh 1. Adik Aisyah merupakan pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah habis menduduki peperiksaan SPM, adik Aisyah telah mengambil kesempatan untuk mengikuti Kelas Latihan ICT di PI Felda Pasoh 1. Sebelum mengikuti Kelas ICT adik Aisyah hanya mengetahui perkara-perkara asas mengenai komputer sahaja dan hanya menggunakan internet untuk melayari laman sosial dan menonton Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Kelas ICT dan membuat latihan-latihan ICT di sepanjang kelas, adik Aisyah lebih memahami mengenai perisian dan aplikasi komputer yang boleh membantu dalam menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pembelajaran. Selain itu, adik Aisyah juga mahir dalam Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, dan Microsoft Power Point serta juga mahir dalam menggunakan aplikasi email dan paint serta asas-asas berkaitan ICT.

 Melalui Kelas Latihan ICT yang telah diikuti akan dapat membantu adik Aisyah dalam pembelajarannya di masa akan datang yang mana akan melanjutkan pelajarannya di institusi atau ke peringkat yang lebih tinggi kerana beliau telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM iaitu 6A