BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Selimah Binti Ahmad  
Umur : 62 tahun
Ahli :31 Mei 2010

 

Latar belakang

Puan Selimah Binti Ahmad merupakan seorang surirumah dan telah mendaftar di Pusat Internet Felda Pasoh 1 sejak 31 Mei 2010. Beliau sangat aktif dalam aktiviti di kampung dan telah dilantik sebagai Setiusaha Koperasi Permodalan FELDA cawangan Felda Pasoh 1. Beliau sering mengunjungi PI Felda Pasoh 1 untuk menggunakan perkhidmatan di PI seperti cetakan, fotostat atau sekadar melayari internet untuk mencari info. Perkhidmatan yang terdapat di PI sangat membantu beliau untuk menyelesaikan tugasan berkaitan tugas perkeranian sebagai seorang setiausaha persatuan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan, Puan Selimah hanya mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer seperti melayari internet. Berikutan tugasnya sebagai setiausaha persatuan, Puan Halimah mengambil keputusan untuk menyertai Bengkel aplikasi komputer dan internet anjuran PI Felda Lui Selatan sejak bulan Ogos 2019.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas enam bulan mengikuti bengkel asas aplikasi komputer dan internet, Puan Selimah mendapati kemahirannya dalam mengendalikan perkakasan komputer dan penggunaan aplikasi komputer telah meningkat dari masa ke semasa. Beliau telah mempelajari pelbagai modul antaranya penggunaan perisian Microsoft Office Word, Powerpoint, Excel dan Publisher. Selain itu, dalam sesi bengkel aplikasi internet, beliau turut diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan laman carian Google, perisian Dashboard Komuniti dan laman web e-Kerajaan.

Hasil daripada pembelajaran tersebut, beliau kini boleh menaip sendiri segala laporan berkaitan persatuan, mengedit dan menambah baik laporan sedia ada mengikut format yang disediakan. Beliau juga mahir menggunakan internet seperti laman carian Google untuk mencari info-info berkaitan