Nama : Apizah Binti Mohd Nais
Umur : 43 tahun
Ahli : 30 April 2018 

 

Latar belakang

Puan Apizah merupakan seorang usahawan yang mengeluarkan produk biskut dengan hasil tangan beliau sendiri. Beliau telah mula menjadi usahawan dalam perniagaan ini sejak tahun 2013.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Apizah membuat perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan antara rakan-rakan yang lain. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah serta meletakkan produk beliau di beberapa buah kedai hanya di sekitar itu sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh Pengurus  Pusat Internet Felda Pasoh 1, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan beliau di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram.  Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Apizah di dalam Facebook serta Instagram. Beliau juga kini telah mampu mengambil pembantu bagi memenuhi permintaan biskut yang semakin tinggi.