USAHAWAN MENJUAL KUIH MUIH TRADISIONAL
Nama | : Shaifura Hafiza Binti Sulaiman |
Umur | : 42 tahun |
Ahli | : 12 Julai 2020 |
Latar belakang
Puan Shaifura merupakan seorang usahawan yang membuka gerai menjual kuih muih pada waktu petang sejak tahun 2005. Selain menjual di gerai, beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kuih kerumah-rumah. Antara jualan beliau adalah kuih muih seperti karipap, keria, cara berlauk, seri ayu, seri muka, donut, apam dan sebagainya mengikut permintaan pelanggan. Sehingga kini, kuih muih hasil tangan Puan Shaifura sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan dan penduduk sekitar, Puan Shaifura banyak mendapat tempahan untuk pelbagai majlis antaranya majlis hari jadi, kenduri kahwin, majlis doa selamat dan bermacam lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Puan Shaifura hanya menjual kueh di gerai sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga hanya sekitar RM200-RM500 sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pasoh 1, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan mengikut jualan semasa. Selain itu, peserta sudah mahir dalam mempromosikan jualannya di dalam media sosial seperti Facebook dan Whatsapp bagi tujuan mempertingkatkan lagi jualan beliau.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/877-usahawan-1-suku-tahun-ke-1-2021?showall=1#sigFreeIdd3d6ebc16f