Nama : Norziah Bt Baharudin
Umur : 39 tahun
Ahli : 20 Ogos 2019

 

Latar belakang

Puan Norziah merupakan seorang usahawan yang membuka gerai menjual ayam goreng seringgit,rangka ayam dan kuih muih bermula 11.30 pagi sehingga 4.00 petang sejak tahun 2017. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang baik dan mendapat sokongan penuh daripada seisi keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Norziah hanya menjual di gerai sahaja tanpa membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp Group. Pendapatan bulanan beliau juga hanya sekitar RM200-RM400 sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Pasoh 1, pendapatan bulanan beliau  kini mencecah RM1000 – RM1500 sebulan mengikut jualan semasa. Dengan bimbingan dari petugas Pusat Internet Komuniti juga, beliau berjaya mendapatkan resepi ayam goreng seringgit yang sedap melalui enjin cari www.google.com dan tontonan video di www.youtube.com yang kini mendapat tempat dimata warga Felda Pasoh 1.