BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Adeeb Putra Bin Saiful Hisham
Umur : 11 tahun
Ahli : 17 November 2018

 

  1. Latar belakang
  2. Adik Muhammad Adeeb memulakan langkah ke PIK setelah diberitahu oleh rakan-rakan sebaya berkenaan aktiviti di Pusat Internet Komuniti dimana ada menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang sangat pantas. Seiring dengan minat adik Muhammad Adeeb iaitu gemar menonton video lagu kegemarannya di Youtube. Beliau telah mendaftar di Pusat Internet Komuniti sejak November 2018 lagi.

 

  1. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
  2. Adik Muhammad Adeeb hanya banyak menghabiskan masanya dengan menonton video lagu kegemarannya sahaja

 

  1. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
  2. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran PIK, adik Muhammad Adeeb mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT dan beliau kini dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan dengan lebih mudah. Kini, beliau boleh menggunakan internet untuk mengakses laman web berunsurkan pendidikan. Beliau turut diperkenalkan dengan beberapa laman web dan aplikasi yang menawarkan pembelajaran secara atas talian.Beliau juga sering menjawab soalan kuiz ‘online’ di laman web Quizziz.Com. Kini beliau menyertai kelas Tuisyen yang dianjurkan oleh PIK.