Nama Nur Iffah Sajidah Binti Halim
Umur : 22 tahun
Ahli : 07 Februari 2019



Latar belakang

Nur Iffah Sajidah telah memulakan perniagaan beliau sejak tahun 2020. Dalam umur yang begitu muda beliau sangat komited dalam memajukan perniagaan sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan kerepek beliau tidak begitu mendapat sambutan kerana ramai yang tidak mengetahuinya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermulanya Nur Iffah Sajidah bersama Pusat Internet Komuniti adalah ketika beliau ingin membuat tag nama untuk kerepeknya dan dari situ Pusat Internet Komuniti membantu dan memberi tunjuk ajar mengenai perniagaan secara online mengenai cara pasaran, promosi, strategi dan sebagainya. Perniagaan kerepek Nur Iffah Sajidah kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dimusim perayaan.