Street Takoyaki Pasoh 1 terletak di Felda Pasoh 1 iaitu di Perumahan Generasi Baru Felda Pasoh 1. . Waktu beroperasi adalah pada pukul 4.00 pm hingga 10.00 pm. Gerai ini mula beroperasi pada bulan 10 tahun 2020 dan mendapat sambutan yang baik. Takoyaki ini menarik kerana saiz takoyaki yang agak besar dan sos, mayonis atau perisa tambahan yang banyak sehingga memuaskan hati pelanggan, harganya pula berpatutan. Pemilik gerai ini juga menerima tempahan untuk majlis-majlis yang tertentu.

 

Alamat :- Taman Perumahan Generasi Baru Felda Pasoh 1 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan