D'Pasoh Homestay terletak di Felda Pasoh 1. Homestay ini diusahakan oleh anak jati Felda Pasoh 1 dan mula beroperasi pada penghujung tahun 2021. Homestay ini mendapat sambutan yang agak memuaskan dari penduduk setempat sekiranya ada majlis perkahwinan dan sebagainya sebagai tempat persinggahan.

Homestay ini menarik kerana laman rumah yang luas boleh memuatkan kapasiti kereta yang banyak, terdapat banyak kemudahan seperti penghawa dingin di setiap bilik tidur, kelengkapan bilik tidur yang mencukupi, dapur masak yang luas beserta dua buah meja makan yang besar, ruang tamu yang luas beserta televisyen dan sofa yang banyak.

Alamat : No 27 Felda Pasoh 1, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan