Sekali pandang macam di Bukit Tinggi, Indonesia. Tapi hakikatnya, lokasi ini terletak di Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan. Berkonsepkan melepak santai dan relaks kampung 'style'. Penginapan 'open air', boleh tidur beramai-ramai di atas hamparan tikar, ala-ala balik kampung rumah atok pada hari raya. Tempat ini juga sesuai untuk geng-geng 4 WD serta kelab-kelab 'hiking' untuk bermalam. Terdapat juga kemudahan seperti dorm khas lelaki dan perempuan. Jika anda ingin berendam, terdapat kolam yang dipenuhi air sungai dan jika anda ingin sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh 'hiking' selama 20 minit ke air terjun terdekat.

Facebook :- https://www.facebook.com/pg/tebatsanctuary/about/?ref=page_internal