Kem D'Agroloka menyediakan kemudahan-kemudahan seperti 4 unit dorm (muat sehingga 100 orang), 1 unit rumah (maksimum 12 orang), dewan tertutup, dewan terbuka, dewan makan, surau, tapak perkhemahan dan kemudahan rekreasi air. Kem ini turut dikelilingi oleh dusun buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan, pulasan, nona, dukong dan bermacam-macam lagi.
Selain itu, kem ini amat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk berkursus, mesyuarat, hari keluarga, majlis perkahwinan dan aktiviti sukaneka. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini seperti Jungle / Night Trekking, Survival Course, Abseiling, Rafting, River Crossing, Wall Climbing, Monkey Bar, Belly Crawl dan lain-lain lagi.
Dibuka untuk orang ramai sama ada dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, NGO, syarikat swasta, IPT, sekolah mahupun keluarga. Kem D'Agroloka juga turut menyediakan fasilitator, jurulatih dan urusetia yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman bagi mengendalikan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembangunan sahsiah diri. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan merangkumi penginapan asrama, makanan minuman dan penggunaan segala peralatan dan kemudahan yang ada. Bayaran tambahan akan dikenakan ketika musim buah-buahan dan jika menggunakan perkhidmatan tenaga terlatih yang sedia ada.
Alamat :- KM 1, Jalan Kuala Aroi Off Jalan Simpang Pertang Bandar Tinggi Kuala Klawang 71600 Jelebu, Negeri Sembilan
Facebook :- https://www.facebook.com/kem.dagroloka
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/298-kem-d-agroloka-jelebu#sigFreeId00e46a7362
- Seterusnya
- Seterusnya >>