Meriam ini dikatakan kepunyaan Dato’ Kelana Putra kerana pada pangkalnya ada terukir perkataan “kelana putra”. Kelana Putra adalah gelaran Dato’ Undang Sungai Ujong. Meriam ini ditemui di Titi, Jelebu, Negeri Sembilan. Dato’ Undang Sungai Ujong Abdullah Bin Panglima Muda adalah luak undang ke-12 yang telah mengambil meriam ini dan mendirikannya di atas sebuah bukit berhampiran dengan balainya.

Lokasi :- Meriam Dato Undang Abdullah

Waktu Operasi :- Tiada had masa yang ditetapkan

Facebook :- https://www.facebook.com/menarikdijelebu