Lokasi rekreasi eksklusif dan privasi ini merupakan perniagaan keluarga. Terletak di tanah berukuran 10 ekar dikelilingi hutan sekitar Sungai Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, kira-kira 80km dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Mendengar bunyian alam, menikmati panorama indah, serta menghargai setiap ciptaan, Glamping @ Kongkoi adalah lokasi terbaik yang bertemakan persekitaran alam semulajadi dan ia adalah tempat percutian yang sempurna untuk suasana yang mencabar ataupun hanya untuk bersantai.
Diinspirasikan oleh pengalaman yang luas dalam industri kreatif selama hampir 30 tahun dan digabungkan dengan unsur-unsur alam semulajadi, sebanyak 10 buah ‘handcraft chalet’ dibina bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman tidur yang berlainan. Selain daripada itu, turut disediakan rumah tamu yang dilengkapi dapur, tempat makan dan anjung untuk beristirehat. Pelbagai aktiviti menarik seperti ‘jamming’, barbeku, kayak dan pelbagai aktiviti alam yang lain turut diadakan disini.
Lokasi ini sangat bertepatan bagi mereka yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga atau sahabat handai. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis keraian seperti majlis hari lahir, majlis perpisahan, ‘reunion or gathering’ atau sebagainya, Glamping @ Kongkoi sangat disyorkan. Glamping @ Kongkoi pilihan yang ternyata unik dan pasti mengujakan anda.
Alamat :- Lot 608, Kampung Puom 71650 Titi, Jelebu Negeri Sembilan
Email :- Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook :- https://www.facebook.com/glampingatkongkoi
Instagram :- https://www.instagram.com/g.a.kongkoi/?hl=en
Website :- https://www.glampingatkongkoi.com/
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/376-glamping-kongkoi?showall=1#sigFreeIdc8413bca98