Destinasi percutian keluarga terbaik di Chalin Food Forest.
Apa yang menarik tentang Chalin Food Forest ini? Jawapannya adalah di sinilah anda dapat mempelajari banyak tentang kehidupan dan pengurusan ladang ‘permaculture’, bermula dari pengurusan sisa makanan, pengurusan air, kompos, serta proses penanaman pelbagai jenis pokok dan tumbuhan dan yang pasti anda dapat merasai dan menikmati makanan segar, hasil dari ladang itu sendiri. Pengalaman yang luar biasa untuk semua orang terutamanya mereka yang menjalani kehidupan seharian yang sentiasa sibuk. Menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik untuk pengunjung seperti ‘2D1N Family Bonding Program’, ‘Sustainable Farm Design Consultancy’, ‘Sustainable Design Project Management’ dan ‘Permaculture Training’.
Chalin Food Forest adalah tempat yang baik dan sangat disyorkan untuk anda belajar, melihat dan menimba pengetahuan bagaimana membuat makanan anda sendiri dengan mudah dan praktikal pada masa ini di mana pengeluaran makanan dikawal oleh industri dan syarikat yang tidak benar-benar peduli terhadap keselamatan dan kesihatan makanan yang anda makan. Tambahan pula lokasinya tidak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya 2.5 jam memandu di sepanjang jalan yang dikelilingi dengan kehijauan. Jika dari Kuala Klawang, hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke sana. Anda pasti menyukainya malahan anak-anak pun pasti turut menyukainya juga.
Facebook :- https://www.facebook.com/chalinfoodforest/
Website :- https://permaculturenews.org/…/big-city-kuala-lumpur-rural…/
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/463-chalin-food-forest#sigFreeIdb84538abb2
- Seterusnya
- Seterusnya >>