Monumen ini terletak di atas bukit kecil iaitu Bukit Undang, di mana anda dapat melihat hampir keseluruhan pemandangan bandar Kuala Klawang. Terdapat tangki air lama dan besar yang mampu menampung takungan air sebanyak 38,600 gelen air. Kawasan ini telah dibangunkan dan lanskapnya telah jauh berbeza dari dulu bagi memberi kemudahan dan keselesaan untuk para pengunjung yang singgah ke sini.
Berikut adalah sejarah yang tercatat di cetakan batu tersebut:
"Tapak ini telah dibersihkan oleh orang-orang Eropah, Melayu, Jawa, Cina, Tamil, India dan Singhalese di Jelebu sebagai tanda sanjungan dan taat setia yang tidak berbahagi kepada Yang Maha Mulia Ratu Great Britain dan Maharani India. Batu peringatan Inggeris Kuala Klawang Jelebu diasaskan secara bergotong-royong pada bulan Jun tahun 1807.
Batu Peringatan Kuala Klawang boleh dijadikan suatu lokasi yang mesti dikunjungi dan boleh dijadikan sebagai salah satu tempat lawatan ilmiah untuk semua pengunjung terutamanya kepada anak-anak kita.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/595-batu-peringatan-inggeris-3#sigFreeIda9f68ae12e
- Seterusnya
- Seterusnya >>