Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha. Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang. Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli. Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang dan ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.
Alamat :- Jelebu, Negeri Sembilan
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/770-lata-kijang-3#sigFreeId4567753c77
- Seterusnya
- Seterusnya >>