Diusahakan oleh Encik Rusman Bin Mohd Tahir. Anak jati Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan yang kini berusia 61 tahun. Mulanya perusahaan ini sejak bulan 5 tahun 2018 dan merupakan satu-satunya pengusaha air akar kayu asli di Jelebu, Negeri Sembilan. Air akar kayu boleh mengubati untuk yang berpenyakit darah tinggi, gout, kencing manis dan kolestrol. Turut menyediakan pelbagai jenis akar kayu untuk lelaki dan wanita.

Untuk makluman lanjut mengenai maklumat air akar kayu dan lokasi, boleh hubungi :

 

Alamat :- Gerai Air Akar Kayu Asli, Batu 20 Jalan Seremban, 71600 Ulu Klawang

Facebook :- https://www.facebook.com/pages/Gerai-Air-Akar-Kayu-%20Asli/180612062621209

 

 

Kuih Boom Tempayan Jelebu hanya terdapat di Jelebu dan termasuk dalam salah satu promosi makanan Jelebu. Gandingan Kuih Boom Tempayan bersama sambal amat sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Dari kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa, tidak mengira peringkat umur dan bangsa, semuanya amat menggemari makanan ini terutamanya di kalangan penduduk setempat.

Ada juga pelanggan dari luar Jelebu datang ke sini untuk menikmati keenakan makanan unik ini. Selain Kuih Boom Tempayan, terdapat makanan lain yang dijual di sini seperti bahulu asli, cucur udang dan moist cake. Pengusaha Kuih Boom Tempayan ini turut menerima tempahan untuk pelbagai majlis.

 

Alamat :- Kuih Boom Tempayan Jelebu, Batu 3 Kg Kampai Kuala Klawang, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan

Facebook :- https://www.facebook.com/Kuih Boom Tempayan Jelebu