Tarikh : 21 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : PIK Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk membantu peserta untuk mengisi secara online pendaftaran Tahun 1 bagi kemasukan tahun 2022
Aktiviti
-
- Peserta telah dididik dan diberi taklimat cara mengisi pendaftaran secara online bagi kemasukan murid ke Tahun 1 ke Sekolah Rendah Kerajaan menggunakan laman web https://public.moe.gov.my
Tarikh : 13 Mac 2021
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : PIK Felda Pasoh 1
Peserta : 1 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran keusahawanan dan mendalami platform E-Dagang iaitu dengan aplikasi Shopee.
Aktiviti
-
- Peserta telah dididik dan diberi tunjuk ajar secara atas talian melalui aplikasi Zoom dan disertai oleh 99 orang peserta dari seluruh Malaysia. Seterusnya, saudari Raja Nur Zalika mengambil alih kelas dengan menerangkan serba sedikit mengenai bagaimana beliau bermula dengan menjual di Shopee dan berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam meningkatkan ekonomi dengan aplikasi Shopee. Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para peserta.
Tarikh : 4 Mac 2021
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PIK Felda Pasoh 1
Peserta : 5 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan terhadap Whatsapp Web kepada pelajar bagi memudahkan tugas mereka untuk memuat turun kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru melalui aplikasi Whatsapp dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar berkenaan subjek yang diajar.
Aktiviti
-
- Peserta telah dididik dan diberi tunjuk ajar menggunakan buku latih tubi dan latihan menggunakan aplikasi whatsapp.
Tarikh : 9 Mac 2021
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PIK Felda Pasoh 1
Peserta : 5 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kegunaan "google translate" serta kelebihan yang ada pada pembelajaran ini dan dapat memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab.
Aktiviti
-
- Peserta telah dididik dan diberi tunjuk ajar mencari bahan untuk membuat latihan Bahasa Arab dengan menggunakan Google Translate dan menggunakan Voice Typing didalam Google Document untuk perkataan bahasa arab.
Tarikh : 9 Februari 2021
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PIK Felda Pasoh 1
Peserta : 20 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mengasah IQ para peserta melalui permainan komputer secara dalam talian di laman web uptoten.coms. dan dapat membantu para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih mudah iaitu secara atas talian.
Aktiviti
-
- Peserta telah dididik dan diberi panduan bagi langkah menggunakan aplikasi Uptoten. Seterusnya menyediakan langkah untuk menggunakan aplikasi bagi meningkatkan pemahaman.