Tarikh      : 04 Julai 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak iaitu berita palsu, buli siber, oversharing, dan penipuan kewangan. Selain itu, peserta turut didedahkan mengenai laman web Sebenarnya.my. Seterusnya, peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi whatsapp dan telegram serta peserta dilatih menggunakan aplikasi komunikasi ini secara atas talian iaitu menggunakan web browser.

 

                                                  • Aktiviti
                                            •  
                                            • Program ini dapat mendidik dan memberi pengetahuan mengenai cara membuka aplikasi whatsapp dan telegram menggunakan web browser. Seterusnya, petugas dapat memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM dan sekaligus menguji kepantasan menaip peserta. Selain itu, petugas memperkenalkan peserta bagaimana cara menggunakan Dashboard Komuniti.

 

Gambar Disini


Tarikh      : 27 Jun 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 16 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program ini bertujuan memberi ilmu baru kepada pelajar sekolah mengenai asas internet. Selain itu, petugas memberi pendedahan kepada peserta mengenai sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional melalui Frog VLE. Di samping itu, peserta juga telah dididik mengenai latih tubi pembelajaran Sains melalui laman web quizizz.

 

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                            • Program ini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat latih tubi berdasarkan pembelajaran di sekolah melalui laman web E-pembelajaran https://quizizz.com/ dan E-Kerajaan https://frogasia.com/en/1bestarinet/. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. 

 


Tarikh      : 20 Jun 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 15 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program ini bertujuan mendidik peserta untuk berfikir secara kreatif bagi menghasilkan poster secara atas talian sempena Hari Bapa. Selain itu, program ini merupakan program khusus untuk kanak-kanak sekolah rendah. Mereka dididik mengenai inisiatif-inisiatif daripada pihak SKMM serta peserta juga melakukan membuat aktiviti ‘typing test’ dimana peserta diuji dengan kepantasan menaip.

 

                                                  • Aktiviti
                                            •  
                                                    • Peserta dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat poster secara atas talian. Selain itu, dapat menguji kepantasan menaip peserta. Petugas memperkenalkan peserta mengenai laman web ‘Postermywall.com’ dan typing test. Petugas memberi ilmu baru mengenai Advokasi SKMM dan memperkenalkan peserta bagaimana cara menggunakan Dashboard Komuniti.

 


Tarikh      : 23 Jun 2019

Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 20 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa. Seterusnya, latihan keusahawaan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai penghasilan sandwich homemade. Selain itu, program ini turut membantu peserta menjana idea perniagaan melalui saluran Youtube dan internet. Di samping itu, dapat membantu peserta menambah kemahiran pembuatan sandwich dan cara memasarkannya disamping mempelbagaikan sumber pendapatan masing-masing.

 

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                            • Program ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai peluang berniaga ketika usia muda disamping mendidik mereka untuk minat berniaga. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. 

 


Tarikh      : 13 Jun 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 9 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program ini bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada peserta mengenai matapelajaran Sains iaitu hidupan di dasar laut. Selain itu, peserta turut dididik memuat turun gambar haiwan yang diambil daripada ‘google image’ dan menyimpan gambar haiwan tersebut ke dalam ‘folder’. Di samping itu, petugas mendidik peserta untuk menjadikan proses pembelajaran lebih seronok dan menarik serta dapat meningkatkan daya kreativiti para peserta.

                                            • Aktiviti
                                               
                                                    • Peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan menambah kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word. Petugas juga mendedahkan para peserta dengan hidupan di dalam laut. Selain itu, petugas dapat melatih para peserta dalam berfikir secara kreatif. Peserta seronok mewarna dan menampal untuk menghasilkan habitat haiwan laut dengan menggunakan kotak. Petugas memberi ilmu baru mengenai Advokasi SKMM (Online Grooming) dan taklimat KDB kepada para peserta.

 


Sub-kategori