Tarikh : 28 April 2018
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 12 Orang
Tujuan
-
-
- Program ini merupakan gabungan program bersama Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 khusus untuk pelajar sekolah rendah. Program ini dianjurkan untuk membentuk budaya membaca di kalangan masyarakat. Mereka juga telah diperkenalkan dengan laman web Sebenarnya.my oleh petugas bagi menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial. Setelah selesai program, seperti biasa petugas akan memeriksa tahap kesihatan para peserta melalui pemeriksaaan tekanan darah dan mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti.
-
Aktiviti
-
Pengenalan sistem aplikasi Dashboard khususnya My Health yang boleh diguna untuk memeriksa tahap kesihatan mereka dan aktiviti membaca.
Gambar Disini
Tarikh : 27 April 2018
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 12 Orang
Tujuan
-
-
- Program ini merupakan program yang direka khusus untuk para pelajar sekolah rendah mengikut peringkat umur. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan para pelajar dengan bahasa English melalui laman web English Central dan E tutor UPSR TV. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan laman web sebenarnya.my iaitu laman web yang direka khas untuk menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.
-
Aktiviti
- Para peserta diberi penerangan mengenai Adokasi SKMM dan petugas memberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak kepada pelajar. Di samping itu, para pelajar juga seronok dengan cabaran 'typing test' yang dianjurkan oleh petugas.
Gambar Disini
Tarikh : 20 April 2018
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 12 Orang
Tujuan
-
- Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab. Selain itu, dapat memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp,Wechat dan sebagainya.
Aktiviti
- Para peserta mencari bahan untuk membuat buku skrap Bahasa Arab dengan menggunakan carian di ‘google’.
Gambar Disini
Tarikh : 24 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
-
-
- Program ini merupakan gabungan program bersama Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 khusus untuk pelatih Pusat Dalam Komuniti Felda Pasoh 1. Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk membentuk budaya membaca di kalangan masyarakat.
- Mereka juga telah diperkenalkan dengan laman web Sebenarnya.my oleh petugas bagi menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.Setelah selesai program, seperti biasa petugas akan memeriksa tahap kesihatan para peserta melalui pemeriksaaan tekanan darah dan mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti.
-
Aktiviti
- Pengenalan sistem aplikasi Dashboard khususnya My Health yang boleh diguna untuk memeriksa tahap kesihatan mereka dan aktiviti membaca.
Tarikh : 15 April 2018
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4
Peserta : 300 Orang
Tujuan
-
- Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka mata masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat Felda. Di samping itu dapat diterangkan mengenai pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan amalan tidak merokok melalui taklimat doktor kesihatan Felda Pasoh 1.
- Program ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang tatacara pemadaman api dengan betul sekiranya berlaku kebakaran di persekitan mereka melalui jabatan bomba dan penyelamat Simpang Pertang. Ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolobrasi kospen dan Pi1M turut dijalankan.
- Petugas dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di Pi1M, Advokasi SKMM (sebenarnya.my, Check Your Label dan Online Grooming) dan turut mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat.
- Usahawan yang kini meningkat naik diberi peluang untuk memuat naik produk usahawan mereka melalui aplikasi MyShop sekaligus memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan yang berlangsung pada hari tersebut. Program sebegini dapat membantu petugas menambah keahlian Pi1M.
Aktiviti
- Para peserta diberi penerangan mengenai Adokasi SKMM dan petugas memberi taklimat berkaitan My Skool dan lain-lain seperti My Komuniti,My Soal,My Shop dan My Health kepada komuniti setempat. Petugas juga turut menerangkan mengenai tutorial cara untuk mengakses aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti. Di samping itu, para peserta diperkenalkan dengan permainan Kuiz Kahoot.It dan cabutan bertuah.
Gambar Disini