Tarikh      : 11 Oktober 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 20 Orang

 

Tujuan

                        • Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi menghasilkan “My Big Book’. Selain itu, memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk menghasilkan buku dengan saiz yang lebih besar menggunakan komputer dan gambar di dalam internet. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.


                          Aktiviti

                  • Para peserta didedahkan dengan diberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM, pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti dan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) oleh petugas Pusat Internet Felda Pasoh 1. Di samping itu, peserta ditugaskan untuk mencari bahan bagi membuat buku besar dengan menggunakan carian gambar di dalam ‘google’.

                    Gambar Disini


Tarikh      : 03 Oktober 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 30 Orang

 

Tujuan

                          • Program ini merupakan program usahawan Felda Pasoh 1 dimana Pusat Internet menjadi tempat dimana komuniti dapat belajar cara bagaimana menjadi salah seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, program ini juga turut menerangkan kebaikan gamat emas terhadap kesihatan. Petugas telah menerangkan kelebihan muat turun aplikasi dashboard melalui Mobile Dashboard khususnya aplikasi MyShop iaitu aplikasi yang dibina khas untuk usahawan tempatan mempromosikan produk mereka. Di samping itu, petugas mengambil peluang untuk memperkenalkan sebenarnya.my iaitu satu laman web yang dibentuk untuk komuniti menentusahihkan penularan maklumat palsu yang berleluasa di media sosial.


                    • Aktiviti

                  • Para peserta didedahkan dengan kebaikan gamat emas. Petugas Pusat Internet juga telah memberi penerangan mengenai laman web sebenarnya.my untuk para peserta menentusahihkan penularan maklumat palsu yang berleluasa di media sosial.

                  •  

                    Gambar Disini


Tarikh      : 21 September 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 20 Orang

 

Tujuan

                      • Program ini merupakan program yang direka khusus untuk para pelajar sekolah rendah mengikut peringkat umur dan sekaligus memperkenalkan komputer kepada pelajar sekolah rendah. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan internet dalam pembelajaran dengan cara yang lebih seronok. Justeru itu, petugas mengambil kesempatan untuk memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan ‘Check Your  Label’ di mana ia mendidik komuniti untuk memeriksa sama ada peralatan komunikasi yang dibeli mempunyai label MCMC atau pun tidak.


                      Aktiviti

                  • Para peserta didedahkan dengan aktiviti typing test dan kuiz kahoot sebagai pembelajaran kepada mereka oleh petugas Pusat Internet Felda Pasoh 1.
                     

                    Gambar Disini


Tarikh      : 22 September 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                        • Program ini bertujuan untuk memperkenalkan komputer kepada pelajar sekolah rendah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan internet dalam pembelajaran dengan cara yang lebih seronok dan pelajar dapat mempelajari cara menggunakan ‘paint’ yang terdapat didalam komputer. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memberi  taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan ‘Online Grooming’ dimana ia mendidik kanak-kanak agar tidak terpedaya dengan org yang tidak dikenali.

                       

                    • Aktiviti

                  • Para peserta didedahkan dengan aktiviti melukis menggunak 'paint tool', typing test dan kuiz kahoot sebagai pembelajaran kepada mereka oleh petugas Pusat Internet Felda Pasoh 1.
                     

                    Gambar Disini


Tarikh      : 14 September 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1

Peserta   : 20 Orang

 

Tujuan

                    • Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dengan warna Jalur Gemilang melalui topeng yang diwarnakan. Selain itu, nyanyian lagu Kemerdekaan juga diadakan untuk membangkitkan semangat patriotik di kalangan peserta. Di samping itu, mereka turut dididik mengenai inisiatif-inisiatif daripada pihak SKMM.


                      Aktiviti
                  • Para peserta menyanyikan lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, lagu Tanggal 31 dan membaca Ikrar. Justeru itu, peserta dapat mempelajari apa itu Jalur Gemilang, tarikh berlakunya Hari Kemerdekaan dan maksud setiap warna di dalam Jalur Gemilang. Petugas dapat mempromosikan Pusat Internet kepada peserta dan petugas Perpustakaan Desa.


                    Gambar Disini


Sub-kategori