Tarikh      : 19 Jun 2018

Masa        : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                • Program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan eRezeki serta membimbing peserta cara untuk menjana pendapatan sampingan secara atas talian. Di samping itu mereka juga diperkenalkan dengan platform-platform yang boleh menjana pendapatan sampingan.

 

Aktiviti

                • Petugas memberi ilmu baru mengenai e-Rezeki di samping memberi peluang pekerjaan bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Memberi ilmu baru mengenai Klik Dengan Bijak dan Sebenarnya.my serta Pengenalan sistem aplikasi Dashboard khususnya My Shop dan My Health yang boleh diguna untuk mempromosikan barangan jualan dan memeriksa tahap kesihatan mereka.

                 

                Gambar Disini


Tarikh      : 13 Jun 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                • Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab. Di samping itu dapat memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp,Wechat dan sebagainya.

 

Aktiviti

              • Taklimat Advokasi SKMM, Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)


                Gambar Disini


Tarikh      : 08 Jun 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 12 Orang

 

Tujuan

              • Program ini merupakan program yang direka khusus untuk para pelajar sekolah rendah mengikut peringkat umur. Program ini bertujuan untuk memperkasakan para pelajar dengan bahasa English melalui laman web English Central. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan laman web sebenarnya.my iaitu laman web yang direka khas untuk menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.


                Aktiviti

                Taklimat Advokasi SKMM, Taklimat Dashboard Komuniti dan Klik Dengan Bijak serta Typing Test

Tarikh      : 11 Jun 2018

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1

Peserta   : 21 Orang

 

Tujuan

                • Program ini merupakan kerjasama bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1. Program ini dijalankan sempena program tadarus Al-Quran bersama komuniti di Masjid Ubudiah Felda Pasoh 1. Petugas mengambil peluang untuk memperkenalkan my iaitu satu laman web yang dibentuk untuk komuniti menentusahihkan penularan maklumat palsu yang berleluasa di media sosial.


                Aktiviti

                Taklimat Advokasi SKMM, Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)


                Gambar Disini

Tarikh      : 01 Jun 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

            • Program ini merupakan latihan kesusahawanan untuk usahawan secara atas talian. Peserta dididik mengenai teknik pengiklanan dan copywriting melalui FB Advertisement. Setelah selesai kelas, seperti biasa petugas akan memeriksa tahap kesihatan para peserta melalui pemeriksaaan tekanan darah dan berat badan serta mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti.



Aktiviti

    • Latihan keusahawanan, taklimat mengenai Klik Dengan Bijak Sebenarnya.my serta taklimat aplikasi Dashboard (My Shop dan My Health)


      Gambar Disini

Sub-kategori