Tarikh     : 10 September 2017

Masa      :  9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi    : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta  :  70 Orang

 

Tujuan

  • Program ini dihadiri oleh semua kategori umur warga Felda Pasoh 1. Tujuan progran ini diadakan adalah untuk mempromosikan keseluruhan Aplikasi Dashboard kepada seluruh komuniti terdekat Felda Pasoh 1 serta dapat menambahkan ahli Pi1M. Petugas juga sekaligus dapat mempromosikan perkhidmatan PI1M dan mendedahkan teknik fotografi produk yang betul kepada usahawan tempatan.

 

Aktiviti

Pelaksanaan utama program adalah petugas dapat mempromosikan keseluruhan Aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat serta dapat emberi pendedahan mengenai kelebihan yang terdapat didalam aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim di antara komuniti dan petugas Pusat Internet 1Malaysia. Program ini juga sekaligus dapat memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk mereka.

Gambar Disini



Tarikh     : 9 September 2017

Masa      : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi    : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta  :  10 Orang

 

Tujuan

  • Kelas ini dihadiri oleh golongan warga emas Felda Pasoh 1. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Pi1M Felda Pasoh 1 dalam kalangan komuniti. Justeru, dengan adanya kelas sebegini dapat menggalakkan para peserta menggunakan kemudahan aplikasi Dashboard (MyShop) bagi memperkenalkan produk mereka.

 

Aktiviti

Pelaksanaan utama adalah peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan menambah kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word. Para peserta juga dapat menambah pengetahuan mengenai email dan blog yang diajarkan oleh petugas. Mereka membuat email, blog dan mengakses aplikasi Dashboard serta menjawab kuiz ‘online’ KDB dan menaip terpantas.

 

Gambar Disini



Tarikh     : 11 Ogos 2017

Masa      : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi    : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta  :  2 Orang

 

Tujuan

  • Kelas ini dihadiri oleh warga emas Felda Pasoh Satu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menggunakan komputer dengan lebih berhemah. Selain itu, dapat memperkenalkan aplikasi Dashboard Pi1M kepada komuniti setempat serta memberi pendedahan mengenai aspek yang terdapat didalam Klik dengan Bijak. Para peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dalam masa yang singkat.

 

Aktiviti

Para peserta diajar mengenai kemahiran komputer penggunaan MIcrosoft Office(Word). Mereka dapat meningkatkan kemahiran menaip menaip iaitu menaip sajak terpantas sempena bulan kemerdekaan. Di samping itu, para peserta didedahkan dengan membuka laman web Dashboard Pusat Internet 1 Malaysia menggunakan komputer dan memuat naik status di bahagian MyKomuniti.

Gambar Disini



Tarikh     : 8 September 2017

Masa      : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi    : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta  :  9 Orang

 

Tujuan

  • Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah program latih tubi dimana para pelajar akan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang terdapat didalam laman web quizzizz.com. Pada masa yang sama para pelajar diperkenalkan dengan langkah pengawasan ketika melayari internet.

 

Aktiviti

Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian. Mereka juga didedahkan dengan taklimat KDB serta pemeriksaan kesihatan(MyHealth).


Gambar Disini



Tarikh     : 5 Ogos 2017

Masa      : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi    : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta  :  3 Orang

 

Tujuan

  • Kelas ini dihadiri oleh belia Felda Pasoh Satu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para belia memohon pekerjaan secara atas talian justeru membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menggunakan komputer dengan lebih berhemah.

 

Aktiviti

Para pelajar dapat mengakses Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi memohon pekerjaan. Selain itu mereka juga didedahkan dengan menjawab kuiz 'online' KDB serta pertandingan menaip terpantas. Para pelajar membuat akaun SPA dan juga mengemaskini akaun SPA bagi pelajar yang telah mempunyai akaun tersebut. Berdasarkan kelas sebegini, peserta dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana ingin memohon pekerjaan atau memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat university dengan lebih mudah.

Gambar Disini



Sub-kategori