Walaupun jarang berlaku, namun sabotaj hidangan dengan bahan bahan kotor boleh berlaku.

Biasanya, pengendali makanan memang diketahui tidak akan mensabotaj makanan yang
dimasak untuk pelanggan, kerana ia melibatkan reputasi dan kesan jangka masa panjang.

Tetapi ia boleh berlaku terutama apabila melibatkan konflik antara pengendali makanan
dan pelanggan. Sebab itu sangat penting untuk saling menghormati & berkomunikasi dengan baik.

Jika anda tidak puas hati dengan hidangan yang dimasak, buat teguran dengan baik.
Semasa pesanan dibuat, beri instruction yang jelas kepada pekerja.

Walaubagaimanapun jika anda meragui kebersihan makanan yang dihidangkan,
laporkan kepada Pejabat Kesihatan berhampiran. Pemeriksaan akan dilakukan untuk mengesan
sebarang perlanggaran peraturan makanan.

 

WhatsApp Image 2023 05 23 at 3.48.48 PM


 

 

Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk

mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis

essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.

 

Semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan/ buah buahan yang

banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry & sup. Lidah buaya boleh dijadikan

gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan

lebih sejuk.

 

Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan

tubuh.Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk.

 

WhatsApp Image 2023 05 19 at 14.54.25


 

Cari test kit ke tu? Kontak rapat? Pulang ke kampung ramai yang positif? Min dengar banyak
dah sold out kat pharmacy. Try cari kat 99 speed mart. Banyak lagi stok.

Selain tu tengok juga peralatan2 lain. Gali balik dalam stor. Kalau tak da, boleh beli kat mana2
kedai yang berdekatan. Dan jangan lupa kalau positif report kat MyS. Download semula dan
dapatkan HSO 7 hari.

Semoga cepat sembuh.

 

WhatsApp Image 2023 05 02 at 12.17.42 PM


 

Sabah merupakan negeri yang mempunyai prevalen tertinggi pesakit talasemia khususnya
dikalangan masyarakat Kadazandusun.

Talasemia adalah penyakit keturunan. Jika kedua dua pasangan adalah pembawa genetik
talasemia, anak ada risiko menjadi pesakit talasemia major.

Pesakit talasemia major tidak boleh menghasilkan darah. Sepanjang hidupnya perlu menjalani
pemindahan darah setiap 2 minggu.

Lama kelamaan ada banyak komplikasi termasuk limpa bengkak, kerosakan hati dan jantung
dan masalah bantut.
.
Berita baik, pembawa talasemia boleh mengetahui status mereka dengan menjalani ujian
saringan talasemia. Ia percuma dan elok dilakukan awal sebelum pasangan berkahwin.

 

WhatsApp Image 2023 05 09 at 12.46.27 PM


 

ALERT

Jika anda bercadang untuk membuat transaksi perbankan atau shopping online, lebih selamat
untuk gunakan talian internet sendiri

Tidak digalakkan guna Wifi awam kerana penggodam boleh menyamar sebagai kemudahan
Wifi dan akaun anda akan digodam sehingga licin.

 

WhatsApp Image 2023 04 28 at 3.11.33 PM