Scammer kini menggunakan kod QR dalam e-mel yang mencurigakan bagi memperdaya anda
untuk memberikan maklumat peribadi.
 
Sentiasa berwaspada serta pastikan kesahihan e-mel dan kod QR yang diterima!
 

Kurang berat badan boleh menjejaskan kesihatan anda secara negatif. Orang yang kurang berat
badan berisiko mendapat osteoporosis, jangkitan akibat rendah imuniti, masalah kesuburan,
dan kematian awal.

Mereka juga ada risiko dibuli dengan gelaran gelaran yang memalukan, lebih lebih lagi jika
memakai tshirt hitam. Ada risiko kesihatan mental.

Seseorang individu dikatakan kurang berat badan jika BMI mereka kurang dari 18.5

Untuk menambah berat badan, pastikan makan. sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan
memasukkan banyak karbohidrat dan protein. Makan lebih kerap dengan kuantiti yang tidak
terlalu banyak.

Untuk menambah berat badan, anda perlu makan lebih banyak kalori daripada yang dibakar.
Sasaran untuk tambahan 300-500 kalori setiap hari

Dengan mengambil 500 kalori tambahan sehari, seseorang mungkin boleh menambah berat
badan kira-kira 6.8 kg selama 6 bulan

Senaman untuk menguatkan kekuatan otot sangat membantu untuk menambah berat badan.
Pastikan anda cukup tidur kerana otot dibina semasa anda sedang berehat.

Elakkan makan banyak makanan tinggi gula untuk menaikkan berat badan.
Nanti penyakit lain pula yang datang.

 

WhatsApp Image 2024 01 15 at 10.18.44 AM