15092023

Berhati-hati jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali.


Jika panggilan tersebut mencurigakan dan meminta butiran sensitif, segera tamatkan panggilan.

Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

#MCMC
#NSRC
#taknakscam
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer


 

Salam semua. Ni min nak ajar macam mana nak beli minyak masak pada separuh harga dengan
menjual semula minyak terpakai kita.

Peniaga goreng pisang /ayam goreng kat pasar malam dah lama tahu. Syarikat kedai makanan
segera pun tahu. Rupanya minyak terpakai kita boleh dijual semula pada separuh harga
daripada pembelian.

Jika kita beli RM30 untuk minyak masak 5 kg, kita boleh dapatkan semula RM15 dengan
menjual semula kepada Petronas.

Gunakan semula RM15 tu untuk beli minyak RM30. Ulang semula selepas guna.
Ya, mungkin kita takkan dapat balik 5kg tu tapi mungkin 4 kg pun ok daripada tak dapat
langsung kan. RM3 Sekilo.

Minyak yang dikitar semula ini akan diproses menjadikan biofuel, sejenis bahan bakar
kenderaan yang menggunakan campuran petrol dan minyak tumbuhan. Bukan saja kita dapat
jimatkan perbelanjaan dapur, kita juga dapat mengurangkan kebergantungan dunia kepada
bahan bakar jenis fosil.

 

WhatsApp Image 2023 08 07 at 2.44.34 PM


 

 

Ibu ibu yang menyokong polisi berpakaian sukan untuk ke sekolah BUKAN bermaksud mereka
malas 🙏🏻 tetapi polisi yang mesra pelajar dan ibu bapa ini memberi impak kualiti kehidupan
dan kesihatan mental yang significant.

Ini contoh bagaimana hidup secara minimalis dapat mengurangkan beban kekusutan mental.
Masa, tenaga dan usaha dapat difokuskan kepada tugasan yang lebih penting.

 

WhatsApp Image 2023 08 16 at 10.23.25 AM


 

Perlukah kulit buah peach di buang?

Terdapat kegusaran sesetengah pengguna akan sisa bahan beracun yang terdapat pada
permukaan kulit buah peach (dan buah buahan lain)

Cara yang terbaik adalah dengan membasuh buah buahan sebelum makan. Tidak perlu gunakan
sabun khas, cukup sekadar gunakan air bersih dan gosokkan dengan perlahan dan keringkan

Tiada bukti menunjukkan keberkesanan sabun khas buah berbanding air biasa. Malah ada
kebimbangan sisa sabun boleh melekat pada pori halus kulit buah buahan

Jika anda was was, bolehlah mengupas kulit buah peach dan hanya makan isi kandungan
dalamnya sahaja.

Dalam kes yang terpencil, terdapat individu mengalami alahan kepada buah peach.
Jika anda mengalami kegatalan mulut atau tekak selepas makan buah peach, anda mungkin
mengalami sindrom alahan mulut (OAS), kadangkala dipanggil sindrom alahan makanan
debunga (PFAS).

Gejala alahan lain termasuklah

✅ Sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, kekejangan perut
✅ Gatal-gatal (urtikaria alahan), gatal-gatal, ekzema
✅ Semput, hidung tersumbat, sesak nafas, batuk berulang

Dapatkan pemeriksaan segera jika ada gejala alahan

 

WhatsApp Image 2023 08 04 at 11.43.02 AM