Tarikh      : 24 Disember 2018

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 16 Orang

 

Tujuan

                                • Program ini direka khas untuk wanita dan belia menceburi bidang perniagaan dengan menjadi agen kepada produk Tuppaware Brands. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari resepi masakan yang menggunakan produk Tupparware. Justeru itu, petugas mengambil peluang mendidik peserta mengenai aktiviti perkongsian berlebihan di dalam media sosial terutamanya Facebook. Selain itu, petugas turut memperkenalkan sistem dashboard komuniti kepada setiap peserta sekaligus menekankan kepentingan pemeriksaan label MCMC di telefon bimbit sebelum setiap pembelian telefon bimbit dilakukan.

                            • Aktiviti

                          • Latihan keusahawanan sekaligus taklimat berkenaan asas solekan daripada produk Tuppaware. Di samping itu, taklimat berkenaan perniagaan bermula dari bawah dengan produk Tuppaware. 

 


Tarikh      : 21 Disember 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 21 Orang

 

Tujuan

                              • Program ini diadakan khas untuk wanita dan belia menceburi bidang perniagaan dengan menjadi agen kepada produk DYXY. Petugas juga mengambil peluang mendidik peserta mengenai aktiviti perkongsian berlebihan di dalam media sosial terutamanya Facebook. Selain itu, petugas juga memperkenalkan sistem dashboard komuniti kepada setiap peserta dan menekankan kepentingan pemeriksaan label MCMC di telefon bimbit sebelum setiap pembelian telefon bimbit dilakukan.

                            • Aktiviti

                          • Latihan keusahawanan sekaligus taklimat berkenaan asas solekan daripada produk DYXY. Di samping itu, taklimat berkenaan perniagaan bermula dari bawah dengan produk DYXY.

                 


Tarikh      : 06 Disember 2018

Masa        : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                            • Kelas ini di reka khas untuk wanita dan kelompok belia untuk mendidik mereka mengenai penipuan kewangan, grooming cyber dan juga mobile e-waste. Petugas juga mengambil peluang untuk memperkenalkan dashboard komuniti kepada semua peserta.

                            • Aktiviti

                          • Pendaftaran ke laman web eRezeki.my dan jenis-jenis pekerjaan di dalam laman web. Taklimat aplikasi Dashboard Komuniti oleh Pengurus Pusat Internet Felda Pasoh 1.

Tarikh      : 14 Disember 2018

Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 20 Orang

 

Tujuan

                              • Program ini diadakan adalah bertujuan memupuk semangat keusahawanan dalam diri kanak-kanak sedari kecil melalui pencarian idea penyediaan makanan sihat melalui saluran internet dan Youtube. Selain itu, petugas juga mengambil peluang mendidik peserta mengenai aktiviti perkongsian berlebihan di dalam media sosial terutamanya Facebook. Di samping itu, petugas juga memperkenalkan sistem dashboard komuniti kepada setiap peserta dan sekaligus mengambil peluang untuk menekankan kepentingan pemeriksaan label MCMC di telefon bimbit sebelum setiap pembelian telefon bimbit dilakukan.

                            • Aktiviti

                          • Latihan keusahawanan

                 


Tarikh      : 17 November 2018

Masa        : 7.30 pagi - 2.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 100 Orang

 

Tujuan

                          • Program ini diadakan adalah bertujuan bagi menggalakkan komuniti kearah gaya hidup lebih sihat & memupuk semangat untuk bersenam serta menjaga kesihatan. Selain itu, dapat membuka mata komuniti mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat felda serta pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan amalan tidak merokok melalui taklimat doktor kesihatan felda pasoh 1.

                          • Di samping itu, program sebegini dapat dijalankan ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolaborasi kospen dan pim sekaligus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pim. Petugas Pusat Internet Felda Pasoh 1 juga dapat mempromosikan advokasi skmm (sebenarnya.my, check your label dan online grooming) serta mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat. Para peserta memuat naik artikel kesihatan melalui aplikasi mykomuniti. Dengan adanya program sebegini juga mampu memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan sekaligus menambah keahlian pim.


                            • Aktiviti

                          • Program yang meriah dengan sambutan dari komuniti setempat dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Selepas itu, taklimat dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Jelebu dan taklimat dari doktor Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1. Seterusnya, taklimat dari Usahawan Gamat Emas dan program diambil alih oleh Pengurus Pusat Internet Felda Pasoh 1 untuk berkongsi mengenai Advokasi Skmm (sebenarnya.my, check your label dan online grooming) dan diteruskan dengan taklimat Dashboard Komuniti sebelum permainan Kuiz Kahoot.IT dimulakan.

                          • Aktiviti gosok gigi bersama cik gigi sihat sangat memeriahkan suasana dan seiring dengan pemeriksaan kesihatan yang mendapat banyak sambutan dari warga Felda Pasoh 1. Seterusnya, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak sekolah rendah mengikut tahap 1 dan tahap 2. Akhir sekali, aktiviti memuat naik artikel kesihatan dijalankan.


                          • Gambar Disini

Sub-kategori