Tarikh : 06 Oktober 2017
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 9 Orang
Tujuan
- Program ini merupakan program khusus untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka telah dididik mengenai inisiatif-inisiatif daripada pihak SKMM. Program latih tubi turut dijalankan dimana para pelajar akan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang terdapat di dalam laman web quizzizz.com.
- Aktiviti
Perlaksanaan utama program adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian dan petugas dapat membantu para pelajar untuk membuat latih tubi peperiksaan akhir tahun. Program ini juga sekaligus dapat mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti serta menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak(KDB), Dashboard Komuniti dan advokasi SKMM.
Tarikh : 11 September 2017
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Tabika Kemas Felda Pasoh 1
Peserta : 20 Orang
Tujuan
- Program ini disertai oleh kanak-kanak tabika kemas seluruh daerah Jelebu, Negeri Sembilan dan warga Felda Pasoh 1. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambahkan ahli baru PI1M dan mempromosikan perkhidmatan yang ada di PI1M kepada peserta yang hadir.
Aktiviti
Perlaksanaan utama program adalah petugas dapat mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PI1M kepada peserta yang hadir dan komuniti setempat di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara komuniti dan petugas Pusat Internet 1Malaysia. Program ini juga sekaligus dapat meraikan perarakan kemerdekaan kanak-kanak Tabika Kemas.
Tarikh : 9 September 2017
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Kelas ini dihadiri oleh golongan warga emas Felda Pasoh 1. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Pi1M Felda Pasoh 1 dalam kalangan komuniti. Justeru, dengan adanya kelas sebegini dapat menggalakkan para peserta menggunakan kemudahan aplikasi Dashboard (MyShop) bagi memperkenalkan produk mereka.
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan menambah kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word. Para peserta juga dapat menambah pengetahuan mengenai email dan blog yang diajarkan oleh petugas. Mereka membuat email, blog dan mengakses aplikasi Dashboard serta menjawab kuiz ‘online’ KDB dan menaip terpantas.
Tarikh : 10 September 2017
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 70 Orang
Tujuan
- Program ini dihadiri oleh semua kategori umur warga Felda Pasoh 1. Tujuan progran ini diadakan adalah untuk mempromosikan keseluruhan Aplikasi Dashboard kepada seluruh komuniti terdekat Felda Pasoh 1 serta dapat menambahkan ahli Pi1M. Petugas juga sekaligus dapat mempromosikan perkhidmatan PI1M dan mendedahkan teknik fotografi produk yang betul kepada usahawan tempatan.
Aktiviti
Pelaksanaan utama program adalah petugas dapat mempromosikan keseluruhan Aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat serta dapat emberi pendedahan mengenai kelebihan yang terdapat didalam aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim di antara komuniti dan petugas Pusat Internet 1Malaysia. Program ini juga sekaligus dapat memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk mereka.
Tarikh : 8 September 2017
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 9 Orang
Tujuan
- Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah program latih tubi dimana para pelajar akan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang terdapat didalam laman web quizzizz.com. Pada masa yang sama para pelajar diperkenalkan dengan langkah pengawasan ketika melayari internet.
Aktiviti
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian. Mereka juga didedahkan dengan taklimat KDB serta pemeriksaan kesihatan(MyHealth).
Gambar Disini