Met Malaysia baru sahaja melancarkan Kit kecemasan Gempa Bumi dan Tsunami.

Kesedaran 1 keluarga 1 kit. Bolehlah sediakan nanti ya.

 

banjir


 

Teknik deep breathing ini jika dilakukan dengan betul ia sangat membantu untuk meredakan stress
dan anxiety.

Namun ia gagal apabila anda tidak dapat bertenang dan bernafas dengan laju. Akibat bernafas
terlalu laju, anda mula rasa sesak nafas dan tidak dapat merasai oksigen sampai ke otak.

Cuba hitung setiap saat langkah langkah pernafasan ini. Dengan mengira jumlah saat , anda dapat
mengalihkan perhatian dari isu isu yang menyebabkan anda stress dan panik

 

WhatsApp Image 2021 10 11 at 3.34.47 PM


 

Kenali gejala dan simptom masalah keseimbangan. Jika anda mengalaminya, dapatkan pemeriksaan
segera di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Pengesanan awal dan tepat membolehkan rawatan
segera dan berkesan diberikan demi menjamin kualiti hidup yang lebih bermakna.

Tingkatkan kesedaran tentang masalah keseimbangan sepanjang Minggu Kesedaran Keseimbangan
di Malaysia Hears.

 

#BalanceAwarenessWeek #LifeRebalanced

 

242316404 10158170581761237 2498777332402452820 n


 

Siapa sangka sepasang sarung kaki dengan fungsi pemanas yang biasa digunakan di negara
beriklim sejuk di promosikan sebagai produk kesihatan di Malaysia. Sepasang sarung kaki ini
dijual dengan harga mencecah ratusan ringgit.

Penjual mendakwa ia mampu meningkatkan perederan darah serta pelbagai manfaat kesihatan
seperti merawat kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan gout. Ya, anda boleh merasai kesan
pemanas apabila memakai sarung kaki seperti ini, tapi tidaklah sampai sepasang dijual dengan
begitu mahal. Mangsa penipuan produk sarung kaki berharga yahudi ini sudah tentu warga emas
dan golongan berpendapatan rendah.

Ini adalah satu contoh produk. Terdapat pelbagai lagi produk yang dikatakan boleh menyembuhkan
1001 penyakit di pasaran. Mari lindungi warga emas kita daripada produk yang diragui atau scam.
Jika tidak, mereka mungkin kehilangan guli mereka akibat penipuan scammers.

 

WARGA EMAS


 

 

Pakej Peranti Keluarga Malaysia membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf
kepada peranti mudah alih 4G dan VoLTE secara percuma. Peranti dapat dimiliki dengan
langganan serendah RM40 sebulan dan bakal bermula pada 15 Oktober 2021.