Untuk mencegah masalah ini.

 

Anda perlu “mengaktifkan” pergerakan usus dengan aktif melakukan senaman dan aktiviti fizikal.
Jika anda jenis makan-tidur, maka sistem penghadaman pun akan bergerak perlahan.

Bantu makanan untuk dihadamkan dengan cepat dengan mengunyah makanan dan makan
dengan perlahan. Jangan main telan sahaja.

Elakkan sembelit dengan memastikan anda ambil makanan kaya fiber dan minum air secukupnya.

Ambil makanan kaya probiotik seperti tempe,yougourt, kambucia, kefir, budu, kimchi.

Jika anda alami masalah untuk hadam makanan mentah, boleh masak dengan cara merebus,
kukus atau goreng.

 

WhatsApp Image 2022 04 26 at 4.39.18 PM


 

Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya.

Penyakit Kawasaki merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease dalam
kalangan kanak-kanak, dan biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 

Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala klinikal ini.
Rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi jantung dengan ketara kepada
anak anda.

 

WhatsApp Image 2022 04 18 at 3.28.03 PM


 

MAKLUMAN : 

Waktu operasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasoh 1 sepanjang
bulan Ramadan 2022 adalah seperti yang tertera dirajah.

WhatsApp Image 2022 04 02 at 3.03.25 PM


 

Saffron diketahui mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti antioksidan,
kesihatan jantung. Baru-baru ini juga terdapat kajian saffron berpotensi sebagai supplement
untuk rawatan (-19

Namun untuk sesetengah individu, Saffron perlu diambil dengan berhati-hati.

1. Pengambilan saffron untuk wanita hamil dalam kuantiti yang banyak adalah TIDAK SELAMAT
dan boleh menyebabkan risiko keguguran.

2. Ibu menyusu. Tiada maklumat informasi berkaitan pengambilan safron dalam kuantiti yang
besar. Oleh itu, ambillah saffron dalam kuantiti penyediaan makanan.

3. Pesakit Bipolar. Pengambilan Saffron bagi pesakit Bipolar boleh menyebabkan fasa manik.
Elakkan pengambilan.

4. Alahan. Mereka yang alahan pada zaitun, lolium dan salsola mungkin mengalami alahan
kepada saffron.

5. Interaksi dengan ubat sedatif. Saffron diketahui mempunyai interaksi dengan antidepressant
menyebabkan mengantuk yang keterlaluan dan masalah pernafasan.

6. Pembedahan. Elakkan memakan dua minggu sebelum pembedahan. Ia mempunyai
interaksi kepada ubat bius pembedahan.

7. Interaksi dengan ubat kencing manis. Pengambilan bersama ubat kencing manis boleh
menyebabkan gula di dalam badan turun terlalu rendah sehingga menyebabkan gejala
hypogycemia

8. Interaksi ubat darah tinggi. Saffron mempunyai kesan jika diambil bersama ubat darah tinggi.
Ia boleh menyebabkan darah terlalu rendah.

9. Pengambilan bersama caffien seperti kopi. Saffron boleh menyebabkan penguraian caffien
dalam badan menjadi lambat. Caffien boleh berada lama dalam badan dan meningkatkan kesan
caffien pada badan.

 

WhatsApp Image 2022 04 12 at 11.23.16 AM


 

Semasa musim HFMD, bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan...
kemudian anak anda duduk pula di atas kerusi yang sama.

Oleh itu, jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia
di bersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih.

Survey menunjukkan, permukaan meja bayi ini jauh lebih kotor dari meja lain direstoran.
Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman
bahaya seperti Coliform.

Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda,
WIPE dengan pembersih!

 

WhatsApp Image 2022 03 15 at 3.24.17 PM