Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan
tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.

Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang
bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.

Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai
masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan.
Kami sharekan beberapa.

Namun jika ianya masih tidak berjaya, adalah baik jika ianya dirawat secepat mungkin oleh
doktor di klinik orthopedik.

 

WhatsApp Image 2021 12 14 at 5.35.14 PM


 

Kajian terkini dari KKM (NHMS) menunjukkan 95% rakyat Malaysia TIDAK makan sayur dalam
jumlah yang mencukupi! Sayangnya kerana sayur banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

Kepada sesiapa yang yang tidak suka sayur, berazamlah untuk mula meminati sayur, tidak
kiralah sama ada ulam atau sayur yang telah dimasak.

 

WhatsApp Image 2021 11 29 at 3.29.34 PM


 

Pada pukul 1 tengahari ke pukul 3 petang, suhu badan akan berkurangan dan terdapat peningkatan
hormon melatonin. Kombinasi ini akan menyebabkan anda rasa mengantuk pada waktu tengahari
dan waktu ini adalah waktu terbaik untuk melakukan power nap.

Kebanyakan syarikat korporat antarabangsa sepeeti Google, Nike, NASA dan Air Asia..
adamenyediakan ruang untuk pekerja mengambil “power nap”.

Walaubagaimanapun, individu yang alami kesukaran untuk tidur pada waktu malam perlu elakkan
tidur siang. Ini akan menyebabkan mereka bertambah susah untuk tidur pada waktu malam.

 

WhatsApp Image 2021 12 07 at 2.34.26 PM

Bagi yang berkesempatan, jom kita meriahkan Nismilan Showcase 2021 yang bertempat
di Aeon Mall Nilai pada 24 November sehingga 5 Disember 2021.
 
Terdapat pelbagai booth dan jualan promosi yang akan diadakan nanti.
 
Jom rebut peluang bersama!
 
A