Tarikh : 22 Januari 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta :17 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam belajar bahasa inggeris.Para peserta turut berpeluang belajar dalam bentuk visual dimana ia lebih menarik dan menyeronokkan dengan membuka video ABC dalam bahasa inggeris.
- Aktiviti
- Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara belajar bahasa inggeris dengan lebih mudah dan menarik. Selain itu, petugas turut memberi pengetahuan mengenai cara membuka video belajar melalui Youtube. Di samping itu, petugas turut membuka tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
- Gambar Disini
Tarikh : 16 Januari 2020
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada warga emas mengenai cara untuk memuat turun aplikasi ‘e-Tunai Rakyat’ seperti saranan kerajaan. Para peserta warga emas Pasoh 1 turut mempelajari cara-cara menggunakan platform e-dagang iaitu Shopee untuk menjual produk.
Aktiviti
- Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara cara untuk memuat turun aplikasi ‘e-Tunai Rakyat’ di telefon pintar masing-masing.. Selain itu, petugas turut memberi
- pengetahuan mengenai Shopee.. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (Mobile E-waste) kepada peserta.
Tarikh : 06 Januari 2020
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab.Para pelajar turut berpeluang belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual.
Aktiviti
- Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat latihan Bahasa Arab dengan menggunakan Google Translate. Selain itu, petugas turut memberi pengetahuan mengenai Voice Typing untuk mencari maksud perkataan Bahasa Arab. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (Online Grooming) kepada pelajar.
Tarikh : 10 Januari 2020
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada warga emas mengenai asas internet.Para peserta turut berpeluang menambah kemahiran mereka untuk memuat turun gambar melalui Google Chrome dan cara untuk menyimpannya. Peserta turut dididik bagaimana cara untuk membuka Whatsapp Web.
- Aktiviti
- Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara memuat turun gambar dan cara untuk menyimpannya. Selain itu, petugas turut memberi pengetahuan mengenai cara membuka Whatsapp Web. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (Online Grooming) kepada warga emas.
Tarikh : 03 Januari 2020
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dengan aplikasi Canva di mana pelajar boleh lebih mengenal lagi fungsi-fungsi template Canva, iaitu memilih rekaan yang di inginkan. Selain itu, pelajar turut diajar untuk membuat jadual waktu persekolahan menggunakan aplikasi Canva.com. Di samping itu, pelajar turut menjawab soalan kuiz melalui laman web Quizziz.com
Aktiviti
- Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat jadual waktu secara atas talian. Selain itu, petugas turut memberi pengetahuan dan kecekapan menjawab soalan berkaitan matematik dengan pantas dan mudah. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (Buli Siber) kepada pelajar.