Tarikh      : 03 Oktober 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 17 Orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi menghasilkan “My Big Book’ dan memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk menghasilkan buku dengan saiz yang lebih besar menggunakan komputer dan gambar di dalam internet. Selain itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.

Aktiviti

Pelajar didedahkan dengan cara mencari bahan untuk membuat buku besar dengan menggunakan carian gambar di dalam ‘google’. Di samping itu, petugas juga telah memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM dan cara menggunakan Dashboard Komuniti kepada para pelajar.

 


Tarikh      : 26 September 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 24 Orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk usahawan Felda Pasoh 1 dimana Pusat Internet menjadi tempat dimana komuniti dapat belajar cara bagaimana menjadi salah seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, program ini juga turut menerangkan kebaikan gamat emas terhadap kesihatan. Petugas telah menerangkan kelebihan muat turun aplikasi Dashboard melalui Mobile Dashboard khususnya aplikasi MyShop iaitu aplikasi yang dibina khas untuk usahawan tempatan mempromosikan produk mereka. 

 

Aktiviti

    •  
              • Peserta didedahkan dengan Bengkel keusahawanan dimana kebanyakan peserta terdiri daripada suri rumah dan usahawan. Peserta juga turut diberi taklimat mengenai produk Gamat Emas dan kebaikan produk tersebut. Selain daripada itu, peserta turut diberi taklimat cara bagaimana untuk menjana pendapatan melalui penjualan Gamat Emas.

 


Tarikh      : 10 September 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 5 Orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang cara-cara membina alamat email sendiri. Peserta juga diberi pendedahan mengenai aplikasi Whatsapp dan peserta turut dilatih menggunakan aplikasi komunikasi ini secara atas talian iaitu menggunakan web browser.

 

    • Aktiviti
    •  
            • Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat resume sendiri dan diberi pendedahan mengenai cara membuka aplikasi whatsapp menggunakan web browser.

 


 

Tarikh      : 19 September 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 10 Orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah melalui pembelajaran melalui Youtube. Peserta akan lebih memahami sesuatu topik pembelajaran melalui penerangan dalam bentuk visual dan gambar. Peserta juga berpeluang mempelajari cara membuka akaun laman sesawang Facebook.

 

    • Aktiviti
    •  
            • Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuka akaun Facebook. Peserta juga diberi peluang untuk membuka video subjek pembelajaran yang terdapat di dalam Youtube.

 


 

Tarikh      : 05 September 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 15 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada pelajar sekolah mengenai asas internet. Selain itu, kelas ini juga adalah untuk menguji pelajar dengan soalan Sains dan Kuiz yang dijalankan dapat melatih pelajar untuk menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelajar juga telah dididik mengenai latih tubi pembelajaran Sains melalui laman web quizizz. Di samping itu, untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran, para pelajar dapat memupuk kerjasama dalam kalangan para pelajar ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 

                                                    • Aktiviti
                                            •  
                                            • Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai E-pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat latih tubi berdasarkan pembelajaran di sekolah. Di samping itu, petugas juga telah memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM dan cara menggunakan Dashboard Komuniti kepada para pelajar.

 


Sub-kategori