Tarikh : 06 Disember 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk memperkenalkan komputer kepada pelajar sekolah pada musim cuti sekolah. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan internet dalam pembelajaran dengan cara yang lebih seronok. Selain itu, pelajar dapat mempelajari cara menggunakan ‘paint’ yang terdapat di dalam komputer. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan ‘Online Grooming’ dimana ia mendidik kanak-kanak agar tidak terpedaya dengan orang yang tidak dikenali.
Aktiviti
- Pelajar didedahkan dengan pembelajaran melukis menggunakan aplikasi 'paint'. Selain itu, petugas memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM, taklimat ringkas mengenai keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).
Gambar Disini
Tarikh : 05 Disember 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 20 Orang
Tujuan
Program ini merupakan program yang direka khusus untuk para pelajar sekolah rendah mengikut peringkat umur. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan internet dalam pembelajaran dengan cara yang lebih seronok. Selain itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan ‘Check Your Label’ dimana ia mendidik komuniti untuk memeriksa sama ada peralatan komunikasi yang dibeli mempunyai label MCMC atau pun tidak.
Aktiviti
- Pelajar didedahkan dengan pembelajaran menggunakan kuiz Kahoot.it dan 'typing test'. Selain itu, petugas memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM, taklimat ringkas mengenai keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 15 November 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada pelajar sekolah mengenai asas internet. Selain itu, kelas ini adalah untuk menguji pelajar dengan soalan Matematik. Kuiz yang dijalankan dapat melatih pelajar untuk menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di samping itu, peserta juga telah dididik mengenai latih tubi pembelajaran Sains melalui laman web Quizizz.co.
Aktiviti
- Pelajar menjawab soalan-soalan kuiz di laman web Quizizz.co dan 'online coloring'.yang dijalankan. Selain itu, petugas juga telah memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM dan cara menggunakan Dashboard Komuniti kepada para pelajar.
Gambar Disini
Tarikh : 16 November 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 12 Orang
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar bagi pelajar luar bandar seperti Bahasa Inggeris. Selain itu, dapat memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara atas talian contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.
Aktiviti
- Pelajar mencari bahan untuk membuat kerja sekolah Bahasa Inggeris dengan menggunakan carian di ‘google’ serta menjawab soalan kuiz Bahasa Inggeris (Quizziz.Co). Selain itu, petugas memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM, taklimat ringkas mengenai keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).
Gambar Disini
Tarikh : 08 November 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 8 Orang
Tujuan
Program ini mengkhususkan latihan keusahawanan bagi usahawan yang mengusahakan tanaman cili fertigasi. Program sebegini bertujuan berkongsi teknik yang betul penggunaan perisian komputer dan contoh-contoh format kertas kerja yang betul. Selain itu, peserta dapat menghasilkan kertas kerja dan laporan kewangan yang sesuai dengan kehendak perniagaan yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana peserta dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.
Aktiviti
- Peserta diberi ilmu baru mengenai cara yang betul untuk menghasilkan kertas kerja dan laporan kewangan yang sesuai dengan kehendak perniagaan yang dijalankan. Selain itu, peserta diberi taklimat mengenai sistem aplikasi Dashboard (MyShop) dan Advokasi SKMM (Online Grooming).