Tarikh      : 02 Januari 2020

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 10 Orang

 

Tujuan

  • Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai laman web Shopee kepada peserta. Selain itu, peserta dapat membandingkan harga barang dan kualiti di Shopee berbanding di kedai online yang lain. Di samping itu, peserta dapat mengetahui cara membuat penilaian terhadap sesuatu barang seperti caj servis penghantaran dan masa penghantaran juga turut didedahkan kepada peserta. Peserta turut dididik mengenai perbankan secara atas talian melalui laman web https://www.maybank2u.com.my/

  • Aktiviti

    • Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuka laman web Shopee dan Maybank2u menggunakan web browser. Selain itu, petugas turut memperkenalkan peserta mengenai cara pembelian melalui Shopee dan mengenai pembayaran untuk produk yang ingin dibeli di Shopee secara atas talian sahaja. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (KDB & Mobile E-Waste) kepada peserta.

Tarikh      : 21 Disember 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 10 Orang

 

Tujuan

  • Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai laman web Shopee kepada peserta. Selain itu, peserta dapat membandingkan harga barang dan kualiti di Shopee berbanding di kedai online yang lain selain dapat mengetahui cara membuat penilaian terhadap sesuatu barang seperti caj servis penghantaran dan masa penghantaran juga turut didedahkan kepada peserta. Di samping itu, peserta turut dididik mengenai media baru iaitu Instagram.

  • Aktiviti

    • Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuka laman web Shopee dan Instagram menggunakan web browser. Petugas juga telah memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM.

Tarikh      : 16 Disember 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 10 Orang

 

Tujuan

  • Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan terhadap Whatsapp Web kepada pelajar bagi memudahkan tugas mereka untuk berniaga contohnya dapat meningkatkan produktiviti kerja dan memudahkan kiriman dokumen dari komputer ke telefon pintar mahupun sebaliknya. Dalam hal ini, kerja menjadi lebih mudah, cepat dan lancar. Selain itu, pelajar turut diajar untuk membuat poster menu makanan menggunakan aplikasi Canva.com. Di samping itu, pelajar juga telah didedahkan dengan aplikasi Canva di mana lebih mengenal lagi fungsi-fungsi template Canva, iaitu memilih rekaan yang di inginkan.

  • Aktiviti

  • Pelajar mempelajari cara membuka whatsapp web menggunakan komputer. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan aplikasi Canva di mana lebih mengenal lagi fungsi-fungsi template Canva, iaitu memilih rekaan yang di inginkan. Di samping itu, petugas juga telah memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM (Buli Siber) serta 'typing test' untuk pelajar.

Tarikh      : 19 Disember 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 10 Orang

 

Tujuan

  • Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan terhadap Whatsapp Web kepada peserta bagi memudahkan tugas mereka untuk berniaga contohnya dapat meningkatkan produktiviti kerja dan memudahkan kiriman dokumen dari komputer ke telefon pintar mahupun sebaliknya. Dalam hal ini, kerja menjadi lebih mudah, cepat dan lancar. Selain itu, program sebegini dapat memberi peluang kepada usahawan Pasoh 1 mempelajari cara-cara menggunakan platform e-dagang untuk menjual produk.

  • Aktiviti

    • Peserta telah diajar cara-cara mendaftar akaun Shopee, setting akaun, muatnaik produk, free shipping program, pesanan, return / refund / cancel, shop categories, shop catalog dan shopee marketing centre. Di samping itu, petugas juga telah memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM (Buli Siber) dan Klik Dengan Bijak kepada peserta.

Tarikh      : 10 Disember 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 10 Orang

 

Tujuan

  • Program ini bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada pelajar sekolah mengenai asas internet. Pada minggu ini, mereka diberi latihan untuk menambah kemahiran mereka melalui muat turun gambar melalui Google Chrome. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari cara yang betul membuat surat rasmi yang mempunyai kepala surat.

 

  • Aktiviti

  • Pelajar mempelajari cara membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Selain itu, pelajar juga diajar cara muat turun gambar dan cara menyimpannya di dalam komputer. Di samping itu, petugas memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM serta 'typing test' untuk pelajar.

 


Sub-kategori