Tarikh : 07 November 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini merupakan program khusus bersama-sama pelatih Pusat Dalam Komuniti Felda Pasoh 1. Mereka telah didedahkan dengan asas-asas komputer terlebih dahulu. Selain itu, peserta turut diajar bagaimana cara untuk membuka video di Youtube melalui pencarian di Google. Mereka juga telah diperkenalkan dengan laman web Sebenarnya.my bagi menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.
Aktiviti
- Peserta dididik mengenai cara menggunakan komputer dan cara menonton video di Youtube. Selain itu, petugas melakukan pemeriksaan kesihatan melalui aplikasi Dashboard Komuniti (My Health).
Gambar Disini
Tarikh : 04 November 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mengisi dan mengemaskini maklumat peribadi di dalam laman portal rasmi SPA. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang cara-cara membina alamat email. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan laman web Sebenarnya.my iaitu laman web yang direka khas untuk menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.
Aktiviti
- Peserta mengisi kekosongan jawatan di dalam portal rasmi SPA dan membuka akaun Gmail. Selain itu, peserta diberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM dan pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat KDB.
Tarikh : 19 Oktober 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara belajar yang lebih effektif dengan menggunakan video melalui ‘Youtube’. Selain itu, program sebegini turut memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi pelajar untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan laman web Sebenarnya.my iaitu laman web yang direka khas untuk menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.
Aktiviti
Pelajar diajar pembelajaran melalui video. Pelajar juga menonton video mengenai cara hidup tumbuhan serta membuat pengelasan terhadap tumbuhan yang ada disekeliling Pusat Internet.
Tarikh : 20 Oktober 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 12 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab. Selain itu, dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara atas talian contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.
Aktiviti
Pelajar diajar mencari bahan untuk membuat buku skrap Bahasa Arab dengan menggunakan carian di ‘google’. Selain itu, peserta diberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM dan pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat KDB.
Tarikh : 18 Oktober 2019
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 17 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak Literasi tersebut dengan komponen-komponen asas komputer bahagian 1. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada guru-guru di Pusat Literasi Felda Pasoh 1. Selain itu, mereka juga dididik mengenai aktiviti e-pembelajaran iaitu pengenalan huruf ABC dan pengenalan haiwan melalui kaedah video learning. Setelah selesai kelas, seperti biasa petugas akan memeriksa tahap kesihatan guru di Pusat Literasi melalui pemeriksaaan tekanan darah disamping mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Peserta diajar pengenalan huruf ABC dan pengenalan haiwan melalui kaedah video learning. Selain itu, peserta diberi taklimat aplikasi Dashboard (My Health)