Tarikh      : 15 Februari 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                  • Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi komuniti untuk mengemaskini maklumat untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) secara atas talian. Justeru itu, komuniti dapat memasuki laman web BSH iaitu https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx dan mengisi sendiri maklumat-maklumat yang diperlukan. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Klik dengan Bijak kepada peserta dimana peserta dididik supaya menggunakan internet dengan berhemah.

                            • Aktiviti

                            • Peserta menggunakan Laman Web E-Kerajaan untuk mengemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) secara atas talian. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas turut memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).

 


Tarikh      : 11 Februari 2019

Masa        : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 15 Orang

 

Tujuan

                                • Program ini direka khas untuk wanita dan belia menceburi bidang perniagaan dengan menjadi agen kepada produk Tuppaware Brands. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari resepi masakan yang menggunakan produk Tupparware. Justeru itu, petugas mengambil peluang mendidik peserta mengenai aktiviti perkongsian berlebihan di dalam media sosial terutamanya Facebook. Selain itu, petugas turut memperkenalkan sistem dashboard komuniti kepada setiap peserta sekaligus menekankan kepentingan pemeriksaan label MCMC di telefon bimbit sebelum setiap pembelian telefon bimbit dilakukan.

                            • Aktiviti

                          • Latihan keusahawanan sekaligus taklimat berkenaan asas solekan daripada produk Tuppaware. Di samping itu, taklimat berkenaan perniagaan bermula dari bawah dengan produk Tuppaware. 

 


Tarikh      : 26 Januari 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                          • Program ini direka khas untuk memberi ilmu baru kepada warga emas mengenai asas internet. Pada minggu ini, mereka diberi latihan untuk menambah kemahiran mereka melalui muat turun gambar melalui Google Chrome. Selain itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan system dashboard komuniti kepada setiap peserta. Di samping itu, peserta juga menjalankan saringan kesihatan dengan menggunakan peralatan I-Health.

                                    • Aktiviti

                                      • Peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas turut memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).

 


Tarikh      : 03 Februari 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                            • Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek kerja kursus pendidikan seni. Selain itu, pelajar juga boleh membuat semakan slip peperiksaan secara ‘online’ melalui portal SAPS Ibu Bapa 2019 atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.

 

                                            • Aktiviti

                                        • Peserta mencari bahan untuk mencari bahan kerja kursus pendidikan seni dengan menggunakan carian di ‘google’. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas turut memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).

 


Tarikh      : 25 Januari 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                          • Program ini direka khas untuk pelajar sekolah dalam penyediaan jadual bertugas untuk kelas menggunakan teknologi dengan cara yang lebih mudah. Selain itu, program ini memberi peluang kepada peserta untuk belajar menyunting jadual bertugas dengan hanya menukar nama, sekolah dan hari pada jadual yang sudah dimuat turun. Di samping itu, peserta juga telah dididik mengenai latih tubi pembelajaran melalui laman web quizizz.

                                    • Aktiviti

                                    • Peserta telah diberi tunjuk ajar menggunakan multimedia untuk menyunting imej bagi jadual bertugas kelas mereka. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. 

 


Sub-kategori