Tarikh      : 26 Mac 2019

Masa        : 8.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 140 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program sebegini diadakan bertujuan untuk mendidik usahawan dalam teknik mengambil gambar produk dengan cara yang betul dan lebih menarik di samping dapat membuka mata masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat Felda yang disampaikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK). Selain itu, program ini juga memberi ilmu mengenai penyakit Tangan kaki dan mulut oleh Doktor Zayanah. Di samping itu, membuka mata masyarakat tentang tatacara pemadaman api dengan betul sekiranya berlaku kebakaran di persekitan mereka melalui jabatan bomba dan penyelamat Simpang Pertang.

 

                                                    • Para peserta juga boleh menjalankan ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolobrasi kospen dan PI sekaligus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PI. Pengurus PI Puan Maslinda Binti Mhd Masri telah mempromosikan advokasi skmm (sebenarnya.my, Check Your Label dan Online Grooming) serta  mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat. Di samping itu, program ini turut memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan sekaligus menambah keahlian baru PI.

 

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                          • Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program Hari Bersama Komuniti antaranya pertandingan musang berjanggut, muat turun aplikasi Dashboard, pertandingan gubahan makanan, pertandingan origami online dan pertandingan mewarna kanak-kanak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Selain itu, petugas telah memberikan penerangan mengenai Adokasi SKMM dan taklimat berkaitan My Skool dan lain-lain seperti My Komuniti,My Soal,My Shop dan My Health kepada komuniti setempat. Tutorial cara untuk mengakses aplikasi Dashboard Pusat Internet kepada komuniti turut dijalankan. Permainan Kuiz Kahoot.It dan cabutan bertuah membuatkan program lebih meriah dan ceria.

 

                                          • Di samping itu, program turut dimeriahkan dengan Taklimat AADK, Taklimat Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1, Taklimat KWSP I-Suri dan gimik Pemadam Api Kebakaran oleh pihak Bomba. Senamrobik di awal pagi dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan membuatkan para peserta lebih sihat dan ceria dalam menjaga kesihatan.

 


Tarikh      : 15 Mac 2019

Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 20 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program ini mendapat kerjasama penuh daripada guru Tadika Kemas Felda Pasoh 1. Pada minggu ini, kanak-kanak telah diperkenalkan dengan komponen-kompunen asas komputer bahagian 1. Mereka juga dididik mengenai aktiviti e-pembelajaran iaitu pengenalan huruf ABC dan pengenalan haiwan melalui kaedah video learning. Setelah selesai kelas, seperti biasa petugas akan memeriksa tahap kesihatan guru di Tadika Kemas melalui pemeriksaaan tekanan darah disamping mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti.

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                          • Petugas memberi ilmu baru mengenai penggunaan internet. Aktiviti sebegini menggalakkan pelajar untuk berfikiran kreatif melalui sumber di Youtube. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas turut memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) serta membuat promosi PI dan perkhidmatan PI. 

 


Tarikh      : 07 Mac 2019

Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi     : Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                                • Program ini merupakan program khusus bersama-sama pelatih Pusat Dalam Komuniti Felda Pasoh 1. Mereka telah didedahkan dengan asas-asas komputer terlebih dahulu. Selain itu, mereka juga telah diperkenalkan dengan laman web Sebenarnya.my bagi menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.

                                              Aktiviti
                                            •  
                                        • Peserta yang terdiri daripada OKU diberikan aktiviti mewarnaSelain itu, petugas memberi taklimat aplikasi Dashboard (My Health) serta pemeriksaan kesihatan. 

 


Tarikh      : 08 Mac 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                                • Program ini adalah langkah dimana pelajar boleh membuat semakan slip peperiksaan secara ‘online’ melalui portal SAPS Ibu Bapa 2019 atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran melalui Youtube selain menggalakkan peserta untuk berfikir, berbincang dan membuat rujukan tentang cara-cara untuk membuat pelbagai jenis origami melalui kaedah e-learning.

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                          • Petugas memberi ilmu baru mengenai penggunaan internet. Aktiviti sebegini menggalakkan pelajar untuk berfikiran kreatif melalui sumber di Youtube. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas turut memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) serta membuat promosi PI dan perkhidmatan PI. 

 


Tarikh      : 04 Mac 2019

Masa        : 9.30 pagi - 5.30 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                              • Program ini mendapat kerjasama menyeluruh daripada pihak Sekolah Rendah Felda Pasoh 1 dan Klinik Desa Felda Pasoh 1. Setelah para peserta membuat pendaftaran untuk anak mereka, petugas mengambil peluang untuk mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti dan berpeluang untuk memeriksa tahap kesihatan mereka melalui pemeriksaan tekanan darah mereka.

                                              Aktiviti
                                            •  
                                        • Peserta diberi taklimat KDB (Parenting Control). Selain itu, taklimat cara mengisi pendaftaran secara online bagi kemasukan murid ke Tahun 1 ke Sekolah Rendah Kerajaan dan taklimat aplikasi Dashboard (My Health). Petugas memberi ilmu baru mengenai penggunaan internet dimana ibu bapa boleh mengisi borang pendaftaran secara atas talian sahaja. Mereka mencipta email untuk tujuan pendaftaran kanak-kanak Tahun 1 ambilan 2020. Di samping itu, pengenalan sistem aplikasi Dashboard khususnya My Health yang boleh diguna untuk memeriksa tahap kesihatan mereka.

 


Sub-kategori