Tarikh      : 14 Januari 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Lui Selatan

Peserta   : 14 Orang

 

Tujuan

                                      • Program ini direka khas untuk wanita dan belia menceburi bidang perniagaan dengan menjadi agen kepada produk Tuppaware Brands. Program tersebut memberi fokus kepada memberi ilmu kepada peserta mengenai teknik membalut hamper dan ‘bauquet’ menggunakan barang-barang tuppaware. Selain itu, program ini juga memberi latihan keusahawanan dengan memperkenalkan laman web tuppaware iaitu https://www.tupperwarebrands.com.my/e-perks/. Di samping itu, petugas turut memperkenalkan sistem Dashboard Myshop  kepada setiap peserta dimana peserta dapat mempromosikan perniagaan mereka didalam Dashboard.

                                    • Aktiviti

                                    • Peserta diberi latihan keusahawanan dengan memperkenalkan laman web tuppaware iaitu https://www.tupperwarebrands.com.my/e-perks/. Diteruskan dengan taklimat berkenaan produk Tuppaware serta taklimat mengenai teknik membalut hamper dan ‘bauquet’ menggunakan barang-barang tuppaware.

Tarikh      : 10 Januari 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                    • Program ini direka khas untuk ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mendidik mereka dalam urusan perbankan dalam talian dalam urusan perniagaan. Petugas juga memperkenalkan sistem dashboard komuniti kepada setiap peserta iaitu dengan memberi penekanan terhadap Dashboard (Myshop) sekaligus petugas mengambil peluang untuk menekankan kepentingan pemeriksaan label MCMC di telefon bimbit sebelum setiap pembelian telefon bimbit dilakukan.

 

Aktiviti

                              • Peserta dapat mempelajari urusan pembayaran secara mudah melalui perbankan secara atas talian melalui aplikasi Maybank2u dan sebagainya. Selain itu, peserta dapat memuat naik produk perniagaan mereka di dalam Dashboard Myshop.

 


Tarikh      : 24 Disember 2018

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 16 Orang

 

Tujuan

                                • Program ini direka khas untuk wanita dan belia menceburi bidang perniagaan dengan menjadi agen kepada produk Tuppaware Brands. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari resepi masakan yang menggunakan produk Tupparware. Justeru itu, petugas mengambil peluang mendidik peserta mengenai aktiviti perkongsian berlebihan di dalam media sosial terutamanya Facebook. Selain itu, petugas turut memperkenalkan sistem dashboard komuniti kepada setiap peserta sekaligus menekankan kepentingan pemeriksaan label MCMC di telefon bimbit sebelum setiap pembelian telefon bimbit dilakukan.

                            • Aktiviti

                          • Latihan keusahawanan sekaligus taklimat berkenaan asas solekan daripada produk Tuppaware. Di samping itu, taklimat berkenaan perniagaan bermula dari bawah dengan produk Tuppaware. 

 


Tarikh      : 03 Januari 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                  • Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada warga emas mengenai asas media baru iaitu aplikasi whatsapp. Selain itu, dapat  memberi peluang kepada peserta warga emas untuk mempelajari kegunaan aplikasi whatsapp secara teori dan praktikal. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana peserta dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi whatsapp, wechat dan sebagainya.

                            • Aktiviti

                            • Warga emas dapat mempelajari ilmu baru apliaksi whatsapp secara teori dan praktikal. Petugas juga memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Selain itu, taklimat mengenai pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti dan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).

 


Tarikh      : 21 Disember 2018

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 21 Orang

 

Tujuan

                              • Program ini diadakan khas untuk wanita dan belia menceburi bidang perniagaan dengan menjadi agen kepada produk DYXY. Petugas juga mengambil peluang mendidik peserta mengenai aktiviti perkongsian berlebihan di dalam media sosial terutamanya Facebook. Selain itu, petugas juga memperkenalkan sistem dashboard komuniti kepada setiap peserta dan menekankan kepentingan pemeriksaan label MCMC di telefon bimbit sebelum setiap pembelian telefon bimbit dilakukan.

                            • Aktiviti

                          • Latihan keusahawanan sekaligus taklimat berkenaan asas solekan daripada produk DYXY. Di samping itu, taklimat berkenaan perniagaan bermula dari bawah dengan produk DYXY.

                 


Sub-kategori