Brokitis berlaku apabila berlaku keradangan pada saluran pernafasan menyebabkan
penghasilan kahak yang banyak, batuk dan sakit dada. Ia berpunca dari jangkitan virus
atau bakteria atau akibat terdedah dengan asap rokok.

Dapatkan pemeriksaan jika gejala berterusan

 

WhatsApp Image 2022 05 31 at 12.45.16 PM


 

Kajian menunjukkan, memandu secara "lane splitting" meningkatkan risiko kemalangan
sebanyak 12 peratus berbanding mereka yang tidak mengamalkan pemanduan sebegini.

Kaedah pengharaman motorsikal memandu di antara kenderaan pada waktu puncak adalah
salah satu contoh yang pernah diutarakan kepada kerajaan oleh NGO dan pengkaji
di Universiti. Atau haramkan terus "Lane splitting".

Tidakkah tanggungjawab kita menjaga keselamatan semua pengguna di atas jalan raya?
Pemandu tersebut mungkin ahli keluarga kita. Sudah tiba masanya tindakan dilakukan
bagi mengurangkan kes kematian pemandu motorsikal.

 

WhatsApp Image 2022 05 17 at 11.01.24 AM


 

HFMD sedang menyerang sesetengah taska/tadika. Pastikan ais krim ada dalam stok
simpanan peti ais.

Makanan lembut boleh diberikan. Gunakan kumur air garam jika boleh. Atau tanyakan pada
doktor anda jika terdapat ubat spray yang sesuai untuk anak anda.

Ada lagi. Ini pun penting. Segera bawa jumpa doktor jika ada gejala-gejala bahaya seperti berikut ;

-Sakit dada
-Sesak nafas
-Nanah
-Bengkak yang besar
-Sukar dan sakit untuk menelan
-Demam 40˚C dan ke atas.
-Sawan, terlalu lemah, tidak boleh fokus atau sukar untuk bercakap.
-Tanda-tanda dehidrasi ;
kering mulut, mata tenggelam, tiada air mata ketika menangis,
lampin tidak basah walaupun selama 4-6 jam, kencing yang sangat gelap,
atau tiada kencing 6-8 jam (kanak-kanak besar).

Yang paling penting dalam kawalan HFMD adalah untuk mengasingkan anak dari anak orang
lain atau tidak datang ke taska. Taska perlu disanitasi agar jangkitan dapat dihentikan
daripada terus merebak.

 

WhatsApp Image 2022 05 24 at 10.32.07 AM


 

Memang risau jika lihat bagaimana produk rokok elektronik jenis pakai buang (disposable)
ini di pasarkan. Bersepah sepah di pasar ramadhan, kaunter kedai runcit pun ada letak
sebelah gula gula. Seorang selebriti lelaki terkenal pun sedang “hard selling” mempromosikan
rokok elektronik ni.

Musim perayaan ini, anak anak dapat duit raya. Setakat nak beli satu pod memang boleh
sebab harganya sangat murah, mudah di sorok dan mudah di beli di kedai kedai.

 

WhatsApp Image 2022 05 12 at 11.04.20 AM