Setiap hari ada sahaja kanak kanak di tolak ke dewan bedah akibat karies gigi.
Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mencabut gigi sehingga berbelas batang.
Bayangkan berbelas batang gigi di cabut dalam sehari, memang kasihan. Ada juga kes
melibatkan pembersihan nanah dan jangkitan sehingga ke muka.
Sekiranya anak anda masih perlu botol susu untuk tidur, mungkin ini masanya untuk anda
memikirkan strategi untuk memisahkannya.
KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila anak dibiarkan tidur dengan menghisap susu daripada
botol susu. Sisa susu akan ditukar oleh bakteria mulut menjadi cecair yang berasid dan
menyebabkan mineral gigi terhakis.
Cuba tukar susu ini kepada air kosong secara berperingkat dan galakkan mereka untuk
minum menggunakan cawan selepas usia 6 bulan.
Selain itu, pastikan selepas minum susu atau makan biasakan rutin mengelap gigi,
gusi dan lidah menggunakan kain lembab.
Kemahiran motor halus adalah penting untuk kemahiran harian serta prestasi akademik.
✅Kemahiran akademik termasukLah - Kemahiran pensel (menconteng, mewarna, melukis,
menulis)
✅ Kemahiran mengunting (memotong)
✅ Kemahiran membina menggunakan lego, duplo, teka-teki, landasan kereta api
✅ Menyarungkan pakaian anak patung
✅ Penggunaan IT (cth. manipulasi tetikus dan stylus)
✅ Penjagaan diri termasuk berpakaian – mengikat tali kasut, sandal, zip, butang, tali pinggang
✅ Makan – menggunakan kutleri, membuka kotak makan tengah hari dan beg makanan
kebersihan – membersihkan gigi, memberus rambut, ke tandas
Tanpa keupayaan untuk menggunakan motor halus, keyakinan diri kanak-kanak boleh terjejas,
prestasi akademik mereka terjejas dan pilihan bermain mereka sangat terhad.
Mereka juga tidak dapat mengembangkan kebebasan yang sesuai dalam kemahiran 'hidup'
yang seterusnya mempunyai implikasi sosial bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga dalam
hubungan rakan sebaya.
Jika anda perhatikan anak anda ada kesukaran dalam menggunakan motor halus sila
dapatkan pemeriksaan dan rujukan untuk terapi
Setiap tahun, 14 Jun diisytiharkan sebagai Hari Penderma Darah Sedunia oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Ini bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang
memerlukan.
Tema tahun ini adalah ‘Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan’
Terima kasih penderma darah. 🅰️🅱️🆎🅾️
Penderma darah merupakan wira kepada semua kerana 1️⃣ beg darah yang didermakan
mampu menyelamatkan 3️⃣ nyawa.
Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang
menghasilkan benih dan hormon wanita.
Siapakah yang berisko?
⚠️ Berisiko kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser
tersebut.
⚠️ Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat
menopos
⚠️ wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).
⚠️ Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia lewat
.
Jika anda mempunyai keluarga terdekat menghidapi kanser usus besar, kanser rahim dan
kanser payudara, anda boleh menjalani ujian darah antigen tumor seperti CA125
Ketahui golongan-golongan yang berisiko untuk dijangkiti cacar monyet (monkeypox)
🔴 Kontak rapat kepada pesakit cacar monyet
🔴 Bayi, kanak-kanak & orang yang tahap imunitinya rendah
🔴 Petugas kesihatan yang terdedah kepada virus dalam kadar yang lama