YB Khairy Jamaluddin telah melancarkan Talian Heal 15555. Talian ini memberikan
perkhidmatan psikososial dan pelbagai isu kesihatan mental. Talian ini dikendalikan oleh
Pegawai Psikologi Kaunselor KKKM.

Jika anda belum lagi mahu ke klinik, dan memerlukan bantuan seperti kemurungan, stress,
serangan panik dan pelbagai lagi masalah seperti di dalam infografik, anda boleh
menghubungi talian 15555.

Talian ini beroperasi daripada jam 8 pagi- 12 tengah malam, setiap hari.

Talian ini juga boleh diakses melalui talian kecemasan 999. Anda boleh meminta operator
999 untuk menyambungkan anda kepada 15555.

Jangan risau. Maklumat anda dirahsiakan. Anda juga boleh berbual dengan pegawai secara
anonymous.

 

WhatsApp Image 2022 11 14 at 2.30.46 PM


 

Bidang kepakaran sakit puan (obstetric & gynecology) merupakan salah satu bidang kepakaran
yang sangat mencabar dan menuntut kecemerlangan dalam akademik, kekuatan
dari segi fizikal dan mental.

Bukan mudah ya, ia menuntut kerja keras dan tugas yang kritikal sepanjang masa.

Jika anda mahukan lebih ramai wanita dalam kerjaya mencabar ini, didiklah anak anak supaya
mereka menjadi generasi cemerlang yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai
pakar sakit puan.

 

WhatsApp Image 2022 11 07 at 1.20.17 PM


 

Elakkan
 
❌ Beg yang memiliki aksesori berlebihan bagi mengelakkan beban bertambah .
Jika sekolah mempunyai beberapa aras dan mempunyai permukaan tidak rata,
beg beroda kurang sesuai.
 
❌ Membeli kotak pensel, bekas air, alat tulis dan aksesori yang BESAR dan berat.
Jangan terpengaruh dengan jenama dan rekabentuk.
 
❌ Menggalas beg dengan satu penyandang. Beban tidak seimbang kepada satu bahagian
badan boleh akibatkan tulang belakang membengkok.
 
❌ Penyandang terlalu longgar sehingga beg melondeh ke pinggul.
 
❌ Beg berhayun apabila berjalan
 
⚠️Pemilihan beg yang salah boleh serta cara menyandang yang salah boleh menyebabkan
sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain,
seperti skoliosis dan kyphosis.⚠️
 
 
 
 
 
306738890 3319064095050106 329442729813531966 n