Bila melihat video tragedi kapal selam Titan, terbayang situasi claustrophobia dalam ruang
kapal selam yang sempit dan terkurung beribu ribu kaki di dasar laut.

Claustrophobia adalah ketakutan atau kebimbangan yang kuat apabila berada dalam ruang
tertutup dan sempit

Gejala klaustrofobia adalah degupan jantung yang cepat, sesak nafas, berpeluh, menggeletar,
pening, sakit dada, dan keinginan yang kuat untuk melarikan diri.

Sesiapa yang ada fobia terhadap ruang tertutup boleh menyebabkan individu mengelakkan
situasi atau tempat tertentu, seperti lif yang sesak, bilik kecil atau terowong.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami klaustrofobia atau sebarang gangguan
kecemasan lain, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional daripada
profesional kesihatan mental.

 

WhatsApp Image 2023 06 26 at 3.56.30 PM


 

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan Larangan Merokok di Restoran
atau Restoran Bebas Asap Rokok (ResBAR)!

Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan daripada
perkumpulan individu yang mencabar keputusan kerajaan di dalam melarang aktiviti rokok di restoran.

Keputusan ini mengekalkan larangan merokok di dalam restoran dan kawasan tiga meter
di sekelilingnya. Pengunjung dapat menikmati makanan dalam persekitaran yang segar dan sihat.
Inisiatif ini juga membantu melindungi mereka daripada kesan merokok pasif yang berbahaya.

Orang awam yang ingin melaporkan aduan perlanggaran larangan merokok di restoran boleh
wasap di talian 010-860 8949

#ResBAR #RestoranBebasAsapRokok #KesihatanRakyat #KesejahteraanMasyarakat

 

WhatsApp Image 2023 06 23 at 3.02.48 PM


 

Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk

mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis

essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.

 

Semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan/ buah buahan yang

banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry & sup. Lidah buaya boleh dijadikan

gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan

lebih sejuk.

 

Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan

tubuh.Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk.

 

WhatsApp Image 2023 05 19 at 14.54.25


 

Walaupun jarang berlaku, namun sabotaj hidangan dengan bahan bahan kotor boleh berlaku.

Biasanya, pengendali makanan memang diketahui tidak akan mensabotaj makanan yang
dimasak untuk pelanggan, kerana ia melibatkan reputasi dan kesan jangka masa panjang.

Tetapi ia boleh berlaku terutama apabila melibatkan konflik antara pengendali makanan
dan pelanggan. Sebab itu sangat penting untuk saling menghormati & berkomunikasi dengan baik.

Jika anda tidak puas hati dengan hidangan yang dimasak, buat teguran dengan baik.
Semasa pesanan dibuat, beri instruction yang jelas kepada pekerja.

Walaubagaimanapun jika anda meragui kebersihan makanan yang dihidangkan,
laporkan kepada Pejabat Kesihatan berhampiran. Pemeriksaan akan dilakukan untuk mengesan
sebarang perlanggaran peraturan makanan.

 

WhatsApp Image 2023 05 23 at 3.48.48 PM


 

 

Sabah merupakan negeri yang mempunyai prevalen tertinggi pesakit talasemia khususnya
dikalangan masyarakat Kadazandusun.

Talasemia adalah penyakit keturunan. Jika kedua dua pasangan adalah pembawa genetik
talasemia, anak ada risiko menjadi pesakit talasemia major.

Pesakit talasemia major tidak boleh menghasilkan darah. Sepanjang hidupnya perlu menjalani
pemindahan darah setiap 2 minggu.

Lama kelamaan ada banyak komplikasi termasuk limpa bengkak, kerosakan hati dan jantung
dan masalah bantut.
.
Berita baik, pembawa talasemia boleh mengetahui status mereka dengan menjalani ujian
saringan talasemia. Ia percuma dan elok dilakukan awal sebelum pasangan berkahwin.

 

WhatsApp Image 2023 05 09 at 12.46.27 PM