Jeram Toi terletak di Hutan Simpang Berembun dan berkeluasan 3.4 ha. Ia merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit, terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang. Punca utama yang menjadi tarikan pengunjung adalah kerana air Terjun 4 tingkat (Sungai Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk. Ia juga terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta dan lengkap dengan kemudahan tandas, surau, bilik persalinan serta ‘boardwalk'. Selain itu, terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga dan terutamanya terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak.

 

Alamat :- 86, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

 


 

FUH KERETA API TANPA GUNA LANDASAN DI FELDA PASOH 1

Terbinanya “Kereta Api” Menggunakan Tong Air Yang Ditarik Kenderaan Pelbagai Permukaan (Atv).


Kereta Api Ini Mempunyai Sepuluh Gerabak Dengan Setiap Satu Boleh Memuatkan Dua Kanak-Kanak Dan Telah Diuji Dengan Membawa Cucu Mengelilingi Kampung Dalam Masa Yang Sama Rekaan Kereta Api Ini Juga Menarik Perhatian Dan Tumpuan Penduduk Kampung Untuk Merasai Menaiki Kereta Api En Badrul (Anak Peneroka Felda Pasoh1) Di Kenakan Bayaran Sebanyak Rm2.00 Bagi Kanak-Kanak Dan Rm3.00 Untuk Dewasa Mengelilingi Kawasan Kampung Pasoh 1.

 


 

“Syurga Bagi Peminat Burung”

Kepada mereka peminat haiwan, kami ada berita baik untuk anda semua. Kini di Jelebu ada sebuah kedai burung yang membekalkan pelbagai spesis burung hiasan dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain itu, mereka juga menjual makanan haiwan peliharaan dan juga aksesori seperti sangkar, jarring, jebak dan pelbagai lagi.

Beroperasi pada setiap hari dan ditutup pada hari Rabu bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.



Alamat :- 278 Jalan Triang, Kg Petaling, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.

Facebook :- https://www.facebook.com/Kedai-Burung-Jelebu-Waghih-Nawi-288847398449437/

 

 

Monumen ini terletak di atas bukit kecil iaitu Bukit Undang, di mana anda dapat melihat hampir keseluruhan pemandangan bandar Kuala Klawang. Terdapat tangki air lama dan besar yang mampu menampung takungan air sebanyak 38,600 gelen air. Kawasan ini telah dibangunkan dan lanskapnya telah jauh berbeza dari dulu bagi memberi kemudahan dan keselesaan untuk para pengunjung yang singgah ke sini.

Berikut adalah sejarah yang tercatat di cetakan batu tersebut:

"Tapak ini telah dibersihkan oleh orang-orang Eropah, Melayu, Jawa, Cina, Tamil, India dan Singhalese di Jelebu sebagai tanda sanjungan dan taat setia yang tidak berbahagi kepada Yang Maha Mulia Ratu Great Britain dan Maharani India. Batu peringatan Inggeris Kuala Klawang Jelebu diasaskan secara bergotong-royong pada bulan Jun tahun 1807.

Batu Peringatan Kuala Klawang boleh dijadikan suatu lokasi yang mesti dikunjungi dan boleh dijadikan sebagai salah satu tempat lawatan ilmiah untuk semua pengunjung terutamanya kepada anak-anak kita.

 


 

Menunggang kuda adalah pengalaman menyeronokkan kepada mereka yang sukakan cabaran, namun tidak ramai berpeluang mencubanya kerana kemudahan terhad dan tanggapan bahawa aktiviti itu memerlukan kos mahal. Ironinya, berkuda bukan sekadar menyihatkan mental dan fizikal, malah mendisiplinkan diri dalam kehidupan seharian kerana bukan mudah mendekati seekor haiwan yang sifat semula jadinya kasar, liar dan kuat.

Lebih menarik, aktiviti berkuda menjadi terapi penyembuhan pelbagai penyakit dan masalah seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme dan sindrom down. Sukan berkuda boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga sambil meluangkan masa bermesra dan berinteraksi dengan haiwan berkenaan. Kuala Klawang Recreation and Equestrian Centre (K.K.R.E.C) adalah satu-satunya tempat rekreasi kuda yang ada di Jelebu. K.K.R.E.C juga turut menawarkan pakej yang bersesuaian untuk pengunjung, “from zero to hero”.

Jika anda berkelapangan, bolehlah berkunjung ke K.K.R.E.C beramai-ramai dan pastinya K.K.R.E.C akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk setiap yang datang.

Untuk makluman lanjut mengenai maklumat lokasi, boleh hubungi :

Alamat                 : Lot 2207 Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Hari                      : Selasa – Ahad (Isnin tutup)

Masa operasi      : 8.00 am – 11.30 am

                             : 2.30 pm – 7.00 pm

Facebook            : https://www.facebook.com/Kuala-Klawang-Recreation-Equestrian-Centre-251094178412777/