Meriam ini dikatakan kepunyaan Dato’ Kelana Putra kerana pada pangkalnya ada terukir perkataan “kelana putra”. Kelana Putra adalah gelaran Dato’ Undang Sungai Ujong. Meriam ini ditemui di Titi, Jelebu, Negeri Sembilan. Dato’ Undang Sungai Ujong Abdullah Bin Panglima Muda adalah luak undang ke-12 yang telah mengambil meriam ini dan mendirikannya di atas sebuah bukit berhampiran dengan balainya.
Lokasi :- Meriam Dato Undang Abdullah
Waktu Operasi :- Tiada had masa yang ditetapkan
Facebook :- https://www.facebook.com/menarikdijelebu
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=15#sigFreeId2c509a7484
Kem D'Agroloka menyediakan kemudahan-kemudahan seperti 4 unit dorm (muat sehingga 100 orang), 1 unit rumah (maksimum 12 orang), dewan tertutup, dewan terbuka, dewan makan, surau, tapak perkhemahan dan kemudahan rekreasi air. Kem ini turut dikelilingi oleh dusun buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan, pulasan, nona, dukong dan bermacam-macam lagi.
Selain itu, kem ini amat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk berkursus, mesyuarat, hari keluarga, majlis perkahwinan dan aktiviti sukaneka. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini seperti Jungle / Night Trekking, Survival Course, Abseiling, Rafting, River Crossing, Wall Climbing, Monkey Bar, Belly Crawl dan lain-lain lagi.
Dibuka untuk orang ramai sama ada dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, NGO, syarikat swasta, IPT, sekolah mahupun keluarga. Kem D'Agroloka juga turut menyediakan fasilitator, jurulatih dan urusetia yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman bagi mengendalikan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembangunan sahsiah diri. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan merangkumi penginapan asrama, makanan minuman dan penggunaan segala peralatan dan kemudahan yang ada. Bayaran tambahan akan dikenakan ketika musim buah-buahan dan jika menggunakan perkhidmatan tenaga terlatih yang sedia ada.
Alamat :- KM 1, Jalan Kuala Aroi Off Jalan Simpang Pertang Bandar Tinggi Kuala Klawang 71600 Jelebu, Negeri Sembilan
Facebook :- https://www.facebook.com/kem.dagroloka
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=15#sigFreeId00e46a7362
Bukit Batu Sawa terletak di kawasan Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan. Kebiasaannya seawal pagi lagi, pendaki akan berkumpul di masjid yang terdapat di situ dan menunaikan solat subuh di masjid tersebut terlebih dahulu. Para 'guider' akan datang ke tempat berkumpul dan memberi sedikit penerangan tentang lokasi pendakian dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa aktiviti dijalankan. Kemudian, barulah peserta bergerak ke 'starting point' dan mendaki hingga ke puncak untuk melihat pemandangan awan karpet yang sangat indah. Inilah antara keunikan alam yang terdapat di Jelebu.
Fb : https://www.facebook.com/profile.php?id=100009544129368&fref=search
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=15#sigFreeId380d79c272
Sekali pandang macam di Bukit Tinggi, Indonesia. Tapi hakikatnya, lokasi ini terletak di Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan. Berkonsepkan melepak santai dan relaks kampung 'style'. Penginapan 'open air', boleh tidur beramai-ramai di atas hamparan tikar, ala-ala balik kampung rumah atok pada hari raya. Tempat ini juga sesuai untuk geng-geng 4 WD serta kelab-kelab 'hiking' untuk bermalam. Terdapat juga kemudahan seperti dorm khas lelaki dan perempuan. Jika anda ingin berendam, terdapat kolam yang dipenuhi air sungai dan jika anda ingin sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh 'hiking' selama 20 minit ke air terjun terdekat.
Facebook :- https://www.facebook.com/pg/tebatsanctuary/about/?ref=page_internal
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=15#sigFreeId2c22c54de1
Muzium Adat terletak di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 36 km dari Bandar Seremban. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan dirasmikan pada 2 Februari 2008 iaitu pada hari sabtu bersamaan 24 Muharram 1429 hijrah. Kewujudan Muzium Adat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan adalah bersesuaian dan bertepatan dengan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat". Muzium Adat ini merupakan muzium pertama di negara kita yang menghimpunkan adat dari pelbagai etnik di Malaysia. Muzium ini turut mengkhaskan satu segmen khusus tentang Adat Perpatih bagi menonjolkan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri beradat.
Maklumat Muzium :-
Alamat : Jalan Dato' Umbi,
Kampung Jelebu Tengah,
71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang
*Cuti pada hari raya aidilfitri dan hari raya
aidiladha
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=15#sigFreeId16942abcef