Tarikh      : 22 April 2019

Masa        : 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 4

Peserta   : 16 Orang

 

Tujuan

                                                        • Program ini merupakan kerjasama diantara Pusat Internet dan Kemas Parlimen Jelebu. Program ini jugak bertujuan untuk mengajar perserta mengenai asas dan fungsi Adobe photoshop CS6 dan cara menggunakannya. Selain itu, peserta mendapat ilmu baru mengenai Adobe photoshop di samping para peserta dapat mempraktikkan untuk diri sendiri selain dapat menggunakan ilmu tersebut dalam perniagaan mereka.

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                              • Para peserta diajar cara menggunakan adobe photoshop cs6. Selain itu, mereka juga diajar mengenali fungsi setiap ikon di "toolbox" dan cara menggunakannya. Di samping itu, tenaga pengajar mengajar para peserta cara membuang warna latar belakang gambar.

 


Tarikh      : 19 April 2019

Masa        : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari

Lokasi     : Tabika Kemas Kg Lakai, Simpang Durian

Peserta   : 11 Orang

 

Tujuan

                                                      • Program ini merupakan inisiatif Pusat Internet Kluster Jelebu dalam pendekatan untuk pelajar yang terpinggir daripada kemajuan teknologi ICT bagi memampatkan inovasi Revolusi 4.0 selaras dengan usaha kerajaan persekutuan. Selain itu, petugas mampu melatih pelajar dalam kemahiran asas komputer dan memberi kesedaran mengenai advokasi SKMM

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                            • Para pelajar dilatih dengan kemahiran asas komputer serta latihan menaip. Program sebegini adalah mampu melahirkan pelajar kawasan pedalaman yang celik IT untuk kegunaan di masa hadapan. 

 


Tarikh      : 11 April 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 5 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan untuk membantu para belia memohon pekerjaan secara atas talian justeru membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menggunakan komputer dengan lebih berhemah.

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                            • Para belia dapat mengakses Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi memohon pekerjaan. Selain itu mereka juga didedahkan dengan menjawab kuiz 'online' KDB serta pertandingan menaip terpantas. Para peserta membuat akaun SPA dan juga mengemaskini akaun SPA bagi pelajar yang telah mempunyai akaun tersebut. Berdasarkan kelas sebegini, peserta dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana ingin memohon pekerjaan atau memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat university dengan lebih mudah.

 


Tarikh      : 19 April 2019

Masa        : 8.00 pagi - 10.00 pagi

Lokasi     : Tabika Kemas Kg Ulu Lakai, Simpang Durian

Peserta   : 12 Orang

 

Tujuan

                                                      • Program ini merupakan inisiatif Pusat Internet Kluster Jelebu dalam pendekatan untuk pelajar yang terpinggir daripada kemajuan teknologi ICT bagi memampatkan inovasi Revolusi 4.0 selaras dengan usaha kerajaan persekutuan. Selain itu, petugas mampu melatih pelajar dalam kemahiran asas komputer dan memberi kesedaran mengenai advokasi SKMM

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                            • Para pelajar dilatih dengan kemahiran asas komputer serta latihan menaip. Program sebegini adalah mampu melahirkan pelajar kawasan pedalaman yang celik IT untuk kegunaan di masa hadapan. 

 


Tarikh      : 05 April 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada belia dan wanita mengenai asas media baru iaitu aplikasi whatsapp. Selain itu, dapat memberi peluang kepada peserta mereka untuk mempelajari kegunaan aplikasi whatsapp secara teori dan praktikal. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Advokasi Online Grooming dimana peserta dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi whatsapp, wechat dan sebagainya.

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                            • Belia dan wanita dapat mempelajari ilmu baru aplikasi whatsapp secara teori dan praktikal. Petugas juga memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Selain itu, taklimat mengenai pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti dan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).

 


Sub-kategori