Tarikh     : 24 April 2018

Masa       : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang 

 

Tujuan

      • Program ini merupakan gabungan program bersama Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 khusus untuk pelatih Pusat Dalam Komuniti Felda Pasoh 1. Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk membentuk budaya membaca di kalangan masyarakat.

      • Mereka juga telah diperkenalkan dengan laman web Sebenarnya.my oleh petugas bagi menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.Setelah selesai program, seperti biasa petugas akan memeriksa tahap kesihatan para peserta melalui pemeriksaaan tekanan darah dan mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti.



Aktiviti

  • Pengenalan sistem aplikasi Dashboard khususnya My Health yang boleh diguna untuk memeriksa tahap kesihatan mereka dan aktiviti membaca.


    Gambar Disini


Tarikh     : 20 April 2018

Masa       : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 12 Orang 

 

Tujuan

    • Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab. Selain itu, dapat memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp,Wechat dan sebagainya.

 

Aktiviti

  • Para peserta mencari bahan untuk membuat buku skrap Bahasa Arab dengan menggunakan carian di ‘google’.


    Gambar Disini

Tarikh     : 06 April 2018

Masa       : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 5 Orang 

 

Tujuan

  • Program ini merupakan latihan bagi peserta bagi memuat turun pencetak kedalam komputer riba. Selain itu, mereka juga telah dididik mengenai cara untuk menentusahihkan maklumat yang tular di media sosial melalui laman web sebenarnya.my serta penerangan mengenai Klik Dengan Bijak.
  • Petugas telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard di Desktop dan juga aplikasi di telefon bimbit mereka.



Aktiviti

Petugas memberi ilmu baru mengenai muat turun pencetak yang boleh mereka lakukan sendiri di rumah. Selain itu turut menerangkan pengenalan sistem aplikasi Dashboard khususnya My Health yang boleh diguna untuk memeriksa tahap kesihatan mereka. 


Gambar Disini


Tarikh     : 15 April 2018

Masa       : 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 4

Peserta   : 300 Orang 

 

Tujuan

    • Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka mata masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat Felda. Di samping itu dapat diterangkan mengenai pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan amalan tidak merokok melalui taklimat doktor kesihatan Felda Pasoh 1.

 

    • Program ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang tatacara pemadaman api dengan betul sekiranya berlaku kebakaran di persekitan mereka melalui jabatan bomba dan penyelamat Simpang Pertang. Ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolobrasi kospen dan Pi1M turut dijalankan.
    • Petugas dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di Pi1M, Advokasi SKMM (sebenarnya.my, Check Your Label dan Online Grooming) dan turut mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat.

 

    • Usahawan yang kini meningkat naik diberi peluang untuk memuat naik produk usahawan mereka melalui aplikasi MyShop sekaligus memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan yang berlangsung pada hari tersebut. Program sebegini dapat membantu petugas menambah keahlian Pi1M.



Aktiviti

  • Para peserta diberi penerangan mengenai Adokasi SKMM dan petugas memberi taklimat berkaitan My Skool dan lain-lain seperti My Komuniti,My Soal,My Shop dan My Health kepada komuniti setempat. Petugas juga turut menerangkan mengenai tutorial cara untuk mengakses aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti. Di samping itu, para peserta diperkenalkan dengan permainan Kuiz Kahoot.It dan cabutan bertuah.


    Gambar Disini

 

Tarikh     : 10 Mac 2018

Masa       : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang 

 

Tujuan

Program ini merupakan program yang direka khusus untuk para pelajar sekolah rendah mengikut peringkat umur. Program ini memberi pendedahan mengenai cara belajar yang lebih effektif dengan menggunakan video melalui ‘Youtube’ dan memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual.

Justeru itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan laman web sebenarnya.my iaitu laman web yang direka khas untuk menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.


Aktiviti


            • Petugas menerangkan mengenai pengenalan inisiatif-inisiatif daripada SKMM dan pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti. Taklimat KDB juga turut diberi oleh petugas dan yang paling menyeronokkan para pelajar dapat menonton video mengenai cara hidup tumbuhan serta membuat pengelasan terhadap tumbuhan yang ada disekeliling Pusat Internet 1Malaysia.


            • Gambar Disini


Sub-kategori