Kekesalan ini ramai yang alami, anda jangan ulangi.

πŸ’”Tidak mengambil & menyimpan gambar memori bersama sama keluarga, anak anak
dan ibu bapa yang telah berusia

πŸ’” Tidak backup gambar telefon di Drive/ Cloud, telefon rosak/ hilang, gambar semua hilang 😒

πŸ’” Malu nak menunjukan rasa sayang dan kemesraan dalam gambar.

πŸ’” Ambil peduli apa orang kata dan tidak berkongsi di media sosial (private account)

 

Ambillah gambar banyak banyak, rakamkan video memori penting. Simpan semua kenangan
yang ada. Setiap gambar dan video yang diambil akan menjadi harta tidak ternilai apabila
mereka telah pergi.

 

WhatsApp Image 2022 08 01 at 3.05.06 PM


 

"Monday blues"(rasa negatif apabila kembali ke rutin harian pada permulaan minggu).
Malas betul nak mengadap kerja esok. Adakah ia disebabkan persekitaran yang toksik?

Sekiranya tempat kerja anda mempunyai ciri ciri persekitaran yang TOKSIK

βœ”οΈ Cari rakan sekerja yang mempunyai isu yang sama untuk dijadikan tempat berkongsi rasa
βœ”οΈ Lakukan aktiviti yang menyeronokkan selepas waktu kerja seperti bersenam di gym
βœ”οΈ Buat senarai tugasan untuk terus fokus
βœ”οΈ Pastikan segala perkara didokumenkan. Simpan segala bukti
βœ”οΈ Bangkitkan isu kepada penyelia, pengarah, Persatuan kebajikan, organisasi
atau Jawatankuasa Keselamatan Tempat Kerja
βœ”οΈ Jika tiada pilihan atau solusi, isi borang pindah atau cari pekerjaan lain.

 

WhatsApp Image 2022 07 25 at 11.27.20 AM


 

Anda rasa gigi ngilu? Guna berus jenis β€œhard”? Kemungkinan enamel semakin menipis.

Memberus dengan keras bukan bermaksud lebih bersih. Ia mungkin lebih parah apabila
lapisan luaran gigi menipis.

Jika anda rasakan berus lembut kurang umph, cuba bawa berbincang dengan doktor gigi anda.

Mungkin doktor boleh recommend jenis berus yang lebih baik atau berus elektrik lembut
yang kurang risiko merosakkan enamel dan gusi.

 

WhatsApp Image 2022 07 12 at 12.24.29 PM


 

Influenza menyerang gaise. Ramai remaja dan kanak-kanak terkena jangkitan dari
kawan-kawannya. Risau berjangkit pada orang dewasa. Lebih-lebih lagi orang mengandung
dan warga emas. Buat test ini. Selalu kita saring untuk C19 je. Beli kit ni mudah.
3 in 1. Tiga-tiga virus disaring.

 

WhatsApp Image 2022 07 19 at 3.46.05 PM