Sekarang musim hujan, berhati hati apabila melalui kawasan berlopak air.
Perlahankan kenderaan dan perhatikan kenderaan lain di sekitar anda.
Albino adalah penyakit KETURUNAN dari genetik resesif (lemah) dari kedua ibu bapa.
Maksudnya, kedua ibu bapa ada bawa genetik ini tanpa diketahui.
Ia menyebabkan mutasi pada genetik yang menghasilkan melanin (warna) pada kulit, rambut
dan anak mata. Sebab itu warna kulit pesakit cerah dan berambut perang.
Memang cantik dan comel, cuma pesakit ada masalah tidak tahan jika terdedah kepada
cahaya matahari terik untuk tempoh yang lama. Kulit mudah sunburn. Pesakit juga mungkin
ada komplikasi mata seperti rabun dan silau.
Selain dari masalah itu, pesakit boleh hidup seperti orang biasa termasuk berumah tangga.
Fungsi otak langsung tidak terjejas dan mereka ada jangka hayat yang sama seperti orang lain.
Di sesetengah negera yang ada kepercayaan syikin, pesakit ada isu stigma.
Antara kepercayaan sesetengah masyarakat
- Albino penyakit berjangkit
- Ia adalah akibat hukuman dosa
- Darah albino menyembuhkan penyakit
- Albino berkait dengan sihir
Namun di Malaysia, pesakit albino di terima baik & disayangi kerana kelihatan
seperti Mat Salleh dengan kulit putih dan berambut perang.
Mula mula buat sakit, tapi lama lama rasa sedap dan lega!
Sesiapa yang ada masalah sakit tumit, sakit dibahagian bawah belakang dan otot otot betis
yang tegang boleh cuba.
1. Duduk tegak dan kaki di permukaan lantai.
2. Letakkan bola tenis atau massage ball di bawah tapak kaki.
3. Perlahan-lahan, golekkan bola tenis ke depan dan ke belakang.
4. Lakukan selama 3 minit.
5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.
Jika anda sudah ada tanda tanda ini.. mungkin baik untuk ambil cuti - yang betul betul cuti,
tanpa sebarang gangguan dan schedule cuti yang terlalu padat.
Reset semula tenaga, aturkan semula tujuan apa anda terus bekerja, apakah kekuatan
dan kelemahan anda, dimanakah anda dalam perjalanan kerjaya untuk tempoh
10-20 tahun akan datang.
Anda pernah melalui lopak air di jalanraya semasa/ selepas waktu hujan?
Ya, takungan air di jalanraya boleh menyebabkan fenomena Hydroplaning dimana tayar
kereta terapung atau tidak benar-benar menyentuh permukaan jalan kerana tayar melalui
permukaan basah. Kereta akan hilang kawalan dan kenderaan boleh terbabas
Sebaik baiknya cuba perlahankan kenderaan dan pastikan tumpuan diberikan pada pemanduan.
Namun jika ia berlaku, JANGAN MENEKAN BREAK secara mengejut. Lepaskan pedal minyak
& tekan brak secara berulang ulang. Teguhkan stering dan pastikan kenderaan bergerak lurus.