Selepas makan tengahari di restoran tadi, tekak mula kering dan kepala mula berdenyut
macam sakit migraine. Sah lah, banyak MSG digunakan untuk masakan!
“ Pangkah kedai ini, memang banyak guna MSG”
Bukan semua individu mengalami gejala selepas mengambil makanan yang tinggi MSG,
bagi individu yang sensitif dengan bahan ini memang menyakitkan.
Walaupun banyak kempen yang menyatakan ia mengandungi garam (sodium) yang kurang
berbanding garam dapur tetapi ia tetap garam. Jika digunakan dalam kuantiti yang banyak
memang tidak menyihatkan
Kepada pengguna dan restoran, nak guna tiada masalah, jangan letak terlalu banyak.
Gunakan bahan perasa semulajadi seperti herba dan rempah 👍👍👍
MSG +++ 👎👎👎👎👎
Mengandung memberikan tekanan kepada kesihatan fizikal dan mental kepada si ibu.
Kesan ini memerlukan masa untuk pulih. Maka bertindaklah dengan merancang jarak
kandungan sebaik mungkin.
Nak anak ramai tidak salah. Tetapi rancanglah mengikut kesesuaian. Faktor-faktor lain juga
perlu difikirkan seperti tahap kesihatan semasa dan umur. Umur yang lanjut dan penyakit
boleh meningkatkan risiko komplikasi.
Kaedah perancang ada banyak. Berbincanglah dengan doktor anda kaedah terbaik untuk
anda dan keluarga. Bawa suami sekali ya..
Berikut merupakan barang barang keperluan mangsa banjir pasca bencana. Paling penting
adalah pada fasa ini adalah keperluan peribadi mangsa seperti pakaian dalam, tuala wanita,
telekung/ tudung, kit hygiene dan pakaian yang BERSIH.
Selepas kembali ke rumah, apa yang diperlukan adalah bantuan dalam bentuk
TENAGA KERJA untuk mencuci rumah dan sumbangan dalam bentuk wang ringgit.
Tidak lupa adalah sokongan moral dan kekuatan mental untuk mangsa menghadapi bencana
yang tidak di duga ini.
Ramai tidak tahu. Renew road tax tanpa lihat intipati yang ditawarkan insuran/takaful kereta.
Asalkan paling murah, terus bayar. Bila nak claim baru tahu tidak dilindungi, menyesal tidak
lagi berguna.
Kos baik pulih kereta tenggelam sangat tinggi. Hendak dijual, tidak laku. Pinjaman bank masih
perlu dibayar .
Ini yang dihadapi ramai ketika bencana banjir menyerang negara sebelum ini. Tidak membeli
perlindungan tambahan iaitu special perils.
Jabatan MetMalaysia sudah memaklumkan 4 hingga 6 gelombang monsun dijangkakan akan
berlaku pada bulan November sehingga Mac.
Jika anda berada di tempat kawasan yang rendah atau terdedah kepada banjir,
pastikan insuran kereta anda mempunyai lindungan untuk bencana banjir.
Anda sangka kemurungan akan menyebabkan seseorang menangis, termenung dan sugul
sepanjang hari.. tetapi ada juga yang masih mampu tersenyum dan ketawa ceria seperti biasa.
Mereka ini sudah ada gejala kemurungan seperti :
✔️ Hilang selera makan
✔️ Sukar tidur
✔️ Hilang minat pada aktiviti yang digemari sebelum ini
✔️ Rasa diri tidak berguna dan tiada harapan.
Tetapi masih lagi cuba melawan dan tidak mendapatkan bantuan. Jika anda anda kenali
sesiapa seperti inj, pujuk mereka untuk mendapatkan rawatan.